pepatah bugis

"narekko sompe'ko,aja' muahcaji ana'guru,ancaji punggawako"-kalau kamu pergi merantau janganlah menjadi anak buah,tapi berjuanglah menjadi pemimpinnya"

pepatah minangkabau

dari mano titiak pelito,dari tangluang nan berapi,dari mano asa niniak kito,dari puncak gunung merapi

almarhum sultan ahmad muazzam shah

almarhum sultan ahmad muazzam shah

cogan kesultanan pahang

cogan kesultanan pahang
cogan diraja kesultanan pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

pekan pahang

pekan pahang
pemandangan bandar pekan lama pahang

Friday, October 29, 2010

kerajaan pekan tua kampar keturunan kerajaan temasek dan melaka







kerajaan tua kampar ini telah diasaskan oleh maharaja indra purba seorang menteri dari kerajaan temasek pada tahun 1380,selepas beliau putranya maharaja pura telah menggantikannya dan memerintah dari 1420-1445 kemudian putranya maharaja laka memerintah dari 1445-1460.selepas beliau mangkat anaknya maharaja syer shah menjadi raja kampar tua dari 1460-1480.dan seterusnya putranya maharaja jaya dari 1480-1505.selepas itu sultan mansur shah I melaka telah menghantar putra sulongnya sultan munawar shah memerintah kampar tua dari 1505-1511.pada tahun 1511 sewaktu melaka jatuh ke tangan portugis putranya raja abdullah menggantikan beliau sehingga 1515,raja abdullah telah ditawan pihak portugis apabila berperang dgn portugis dan telah dibuang ke gowa,sulawesi.setelah beberapa tahun tanpa pemerintah.pada tahun 1590 dato mangkubumi tun megat telah menghantar utusan mengadap sultan abdul jalil riayat shah sultan johor dan juga cucunda sultan alauddin riayat shah II ibni sultan mahmud shah I untuk menghantar seorang raja bagi memerintah kampar tua.utusan itu terdiri dari 1)batin muncak rantau org besar nila dan napuh 2)dato patih jambuana org besardelik dan dayun 3)raja bilang bongsu org besar pesisir kampar.sultan abdul jalil telah bersetuju dan menghantar adindanya raja abdul rahman menjadi pemerintah dgn gelaran maharaja dinda kampar.sewaktu hampir 60 tahun kampar tiada pemerintah ia telah diperintah oleh keturunan dato mangkubumi tun perkasa(1530-1551) yang dilantik oleh sultan mahmud shah I dengan gelaran raja muda kampar tua,ia digantikan oleh anaknya raja muda tun hitam(1551-1575)dan kemudian raja muda tun megat(1575-1590)setelah raja abdul rahman ditabalkan dgn gelaran maharaja dinda,tun megat telah kembali memegang jawatan dato mangkubumi kampar tua.sewaktu maharaja dinda II memerintah pada tahun 1725 beliau telah memindahkan ibu negeri dari permatang tua kampar ke sungai rasau dan menukarkan nama kerajaan kepada kerajaan pelalawan.kerajaan dinasti ini telah bertahan sehingga tahun 1798 apabila kerajaan ini telah ditawan oleh kerajaan siak,syed abdul rahman al-shahab adik kepada sultan syarif ali siak telah diangkat menjadi sultan pelalawan dengan gelaran sultan syarif abdurrahman fakhruddin.keturunan beliau memerintah dari 1798-1946(foto istana kesultanan pelalawan baru)dan (foto sultan syarif harun al-shahab sultan terakhir)

No comments:

Post a Comment