pepatah bugis

"narekko sompe'ko,aja' muahcaji ana'guru,ancaji punggawako"-kalau kamu pergi merantau janganlah menjadi anak buah,tapi berjuanglah menjadi pemimpinnya"

pepatah minangkabau

dari mano titiak pelito,dari tangluang nan berapi,dari mano asa niniak kito,dari puncak gunung merapi

almarhum sultan ahmad muazzam shah

almarhum sultan ahmad muazzam shah

cogan kesultanan pahang

cogan kesultanan pahang
cogan diraja kesultanan pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

pekan pahang

pekan pahang
pemandangan bandar pekan lama pahang

Friday, October 29, 2010

kerajaan pekan tua kampar keturunan kerajaan temasek dan melaka







kerajaan tua kampar ini telah diasaskan oleh maharaja indra purba seorang menteri dari kerajaan temasek pada tahun 1380,selepas beliau putranya maharaja pura telah menggantikannya dan memerintah dari 1420-1445 kemudian putranya maharaja laka memerintah dari 1445-1460.selepas beliau mangkat anaknya maharaja syer shah menjadi raja kampar tua dari 1460-1480.dan seterusnya putranya maharaja jaya dari 1480-1505.selepas itu sultan mansur shah I melaka telah menghantar putra sulongnya sultan munawar shah memerintah kampar tua dari 1505-1511.pada tahun 1511 sewaktu melaka jatuh ke tangan portugis putranya raja abdullah menggantikan beliau sehingga 1515,raja abdullah telah ditawan pihak portugis apabila berperang dgn portugis dan telah dibuang ke gowa,sulawesi.setelah beberapa tahun tanpa pemerintah.pada tahun 1590 dato mangkubumi tun megat telah menghantar utusan mengadap sultan abdul jalil riayat shah sultan johor dan juga cucunda sultan alauddin riayat shah II ibni sultan mahmud shah I untuk menghantar seorang raja bagi memerintah kampar tua.utusan itu terdiri dari 1)batin muncak rantau org besar nila dan napuh 2)dato patih jambuana org besardelik dan dayun 3)raja bilang bongsu org besar pesisir kampar.sultan abdul jalil telah bersetuju dan menghantar adindanya raja abdul rahman menjadi pemerintah dgn gelaran maharaja dinda kampar.sewaktu hampir 60 tahun kampar tiada pemerintah ia telah diperintah oleh keturunan dato mangkubumi tun perkasa(1530-1551) yang dilantik oleh sultan mahmud shah I dengan gelaran raja muda kampar tua,ia digantikan oleh anaknya raja muda tun hitam(1551-1575)dan kemudian raja muda tun megat(1575-1590)setelah raja abdul rahman ditabalkan dgn gelaran maharaja dinda,tun megat telah kembali memegang jawatan dato mangkubumi kampar tua.sewaktu maharaja dinda II memerintah pada tahun 1725 beliau telah memindahkan ibu negeri dari permatang tua kampar ke sungai rasau dan menukarkan nama kerajaan kepada kerajaan pelalawan.kerajaan dinasti ini telah bertahan sehingga tahun 1798 apabila kerajaan ini telah ditawan oleh kerajaan siak,syed abdul rahman al-shahab adik kepada sultan syarif ali siak telah diangkat menjadi sultan pelalawan dengan gelaran sultan syarif abdurrahman fakhruddin.keturunan beliau memerintah dari 1798-1946(foto istana kesultanan pelalawan baru)dan (foto sultan syarif harun al-shahab sultan terakhir)

kesultanan indragiri keturunan kesultanan temasek dan melaka




kerajaan mahligai atau keritang yang kemudian dikenali sebagai kesultanan indragiri atau kesultanan kemuning telah diasaskan raja kechik mambang@raja merlang I ibni sultan muhammad syah I(temasek dan melaka).ia terletak disungai indragiri sumatra. sebelum ini kerajaan indragiri yang dahulu dikenali sebagai keritang terletak dibawah jajahan empayar sri wijaya yang berpusat diandalas,palembang.kemudiannya ia dijajah oleh kerajaan majapahit dan sebagai hadiah perkahwinan putri bathara majapahit raden galoh chandera kirana dengan sultan mansur shah melaka, indragiri diserahkan kepada sultan melaka dan dengan itu dengan itu indragiri bernaung dibawah kesultanan melaka.raja merlang II(sultan jamaluddin inayat shah ibni raja iskandar narasinga I) pemerintah indragiri telah dikahwinkan dgn raja putri bakal binti sultan mansur shah melaka dan dari perkahwinan ini lahirlah raja narasinga II yang kemudian dikenali sebagai sultan alauddin iskandar shah ,beliau juga telah berkahwin dengan putri sultan mahmud shah I melaka.sultan alauddin telah ditabalkan sebagai sultan indragiri pertama yang merdeka pada tahun 1511 setelah melaka telah dijajah oleh portugis.kerajaan indragiri merdeka berkerajaan dari tahun 1511 sehingga tahun 1963.
(foto istana kesultanan indragiri dan waris kesultanan indragiri)foto masjid raya rengat indragiri

Friday, October 22, 2010

5 empayar besar melayu dari empayar sri wijaya




3)temasek dan melaka-salah seorang anakanda sri tribuana maulivarma dewa iaitu maharaja sri tribuana sang sapurba sampai di negeri andalas,palembang telah berkahwin dgn putri wan sendari iaitu putri demang lebar daun.beliau telah berhijrah ke bintan dan telah dijadikan anak angkat kepada ratu permaisuri balu kepada raja iskandar shah raja bintan. putra beliau maharaja sang nila utama telah membuka temasek dan dari beliau lah lahirnya raja2 temasek dan melaka. 4)jawaka/chermin/malayur//langkasuka/pattani-raja surendra@raja suran II iaitu anakanda kepada maharaja sri tribuana maulivarma dewa telah telah melahirkan raja2 dari dinasti jawaka,kota mahligai,malayur(langkasuka dan pattani)sehingga yang terakhir ratu raja kuning nang chayam patani.5)singhasari dan majapahit-ken angrok rajasa sang amurwabhumi yang juga merupakan putra kepada maharaja sritribuana maulivarma dewa telah menubuhkan kerajaan singhasari di tumapel,tanah jawa timur.dari kerajaan ini juga lahirnya kerajaan majapahit

5 empayar besar melayu dari empayar sri wijaya


1)minangkabau-ianya terbahagi kepada beberapa cabang iaitu dari kerajaan dharmasraya,kerajaan indera jati@indera pura,palembang dan pagar ruyung.dari kerajaan dharmasraya dimana rajanya ialah sri tribuwana mauliwarmadewa raja berketurunan sri wijaya dan raja suran, dari beliaulah turunnya raja bijithram shah atau maharaja diraja parameswara siguntur ( nama beliau selepas memeluk islam adalah sultan muhammad shah) dari keturunan ini lah lahirnya raja2 minangkabau yg berpusat dipagar ruyung.selepas beliau mangkat anak saudara beliau sang maniaka atau adikarma(putra sang sapurba) telah menggantikan beliau menjadi raja ditanjung pura(inderapura/inderajati).manakala dipalembang pula putri dara jingga@parameswari yakni anakanda maharaja mauliwarmadewa telah berkahwin dgn mahesa anabrang(singhasari) melahirkan adwayavarman dan akarendravarman,seterusnya anakanda kepada adwayavarman iaitu maharaja adityavarman menjadi raja palembang dan pagar ruyung.2)vijyanagara(champa)-dari sri nilathanam putra sri tribuwana mauliwarmadewa lahirlah keturunan raja2 champa dan berkemungkinan ada pertalian dgn raja jaya sinhavarman V dan juga putranya iaitu raja wira bandhravarman yg memerintah champa sekitar abad 1400

Tuesday, October 12, 2010

keturunan bendahara muda tun koris ibni tun mutahir




misteri dan teka teki hilangnya keturunan bendahara tun mutahir pahang yang lari akibat dari peperangan bendahara pada tahun 1857-1863 telah mula terjawab dgn terjumpanya keturunan langsung mereka.

tarikh 10-1o-2010 telah menemukan saya dgn keluarga ini walaupun masih awal untuk mendapat kepastian tetapi saya amat terharu kerana hampir 20 tahun saya mencari keturunan yg hilang ini sudah mula menampakkan hasil semoga apa yang berlaku hampir 150 tahun dahulu dilupakan dan mendapat restu illahi.che wan mahkota(foto sebelah) adalah putra kepada che wan nordin bin che wan ahmad bin che wan ismail bin tun hassan ibni bendahara muda tun koris ibni bendahara sri maharaja tun mutahir ibni bendahara tun ali pahang.pada masa ini kami masih belum berjumpa akan tetapi ia dalam perancangan.