pepatah bugis

"narekko sompe'ko,aja' muahcaji ana'guru,ancaji punggawako"-kalau kamu pergi merantau janganlah menjadi anak buah,tapi berjuanglah menjadi pemimpinnya"

pepatah minangkabau

dari mano titiak pelito,dari tangluang nan berapi,dari mano asa niniak kito,dari puncak gunung merapi

almarhum sultan ahmad muazzam shah

almarhum sultan ahmad muazzam shah

cogan kesultanan pahang

cogan kesultanan pahang
cogan diraja kesultanan pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

pekan pahang

pekan pahang
pemandangan bandar pekan lama pahang

Thursday, November 24, 2011

cucu raja bendahara seri maharaja tun mutahir pahang





berdiri paling kanan sekali ialah cadet officer che wan tahir bin tun abdul rahman(che wan aman)ibni raja bendahara seri maharaja tun mutahir pahang 1857-1863,tun tahir adalah anakanda kepada tun abd rahman yakni putera kedua kepada bendahara tun mutahir pahang.tun tahir lahir pada 15 october 1884 dan meninggal pada tahun 1928.beliau berkhidmat sebagai private ,kemudian corporal dan juga cadet officer di johore military force bukit timbalan.tuntahir adalah moyang kepada biduanita dato sharifah aini,pengarah filem aziz m.osman,dzulkifly m.osman dan penulis buku suzana m.osman.foto ini mungkin diambil lebih kurang dalam tahun 1920an

Sunday, October 16, 2011

menjejaki susur galur orang kaya johan pahlawan hassan bin jaafar

alhamdulillah setelah sekian lama menjejaki keturunan orang kaya johan pahlawan hassan bin jaafar yakni adik kepada orang kaya indera mahkota haji halim bin jaafar berjaya akhirnya untuk mendapat salasilah keluarga ini supaya dapat dicantumkan susur galur keluarga ini yang banyak berjasa kepada kesultanan dan kerajaan negeri pahang.dipercayai orang kaya johan pahlawan bin jaafar telah meninggalkan pekan,pahang dan berhijrah ke pekan sungai lembing dikuantan untuk berniaga bijih timah diwaktu itu.mengikut cerita dari orang sg lembing beliau juga telah dikebumikan di sg lembing tetapi masih tiada bukti kukuh atau pun rekod yang dapat mengesahkannya.tok kaya hassan meninggalkan seorang anak lelaki bernama encik awang beruang,beliau beristerikan che wan fatimah binti che wan mohd amin yang berasal dari pattani.che wan fatimah adalah saudara adik beradik dgn che wan chantek iaitu isteri kepada almarhum sultan abdullah ibni sultan ahmad muazzam shah dan ibu mereka setelah meninggalnya che wan mohd amin juga telah berkahwin dgn encik abbas yakni ayah kepada tok muda awang hitam bin abbas(datuk kepada tok muda sulong bin awang hitam).encik awang beruang mempunyai 3 orang anak hasil dari perkahwinan dgn che wan fatimah 1)bidin 2)dayang 3)aminah.keluarga anak2 kepada encik awang beruang telah berpindah ke beserah,kuantan dari sg lembing dan keturunan ini masih ada dibeserah.disini saya tampilkan salasilah langsung dari keturunan orang kaya johan pahlawan hassan dari zuriat anak lelakinya encik awang beruang.halimi bin cikgu hussein(permatang badak)bin ismail dan isterinya iaitu bedah binti bidin bin awang beruang bin orang kaya johan pahlawan hassan bin jaafar.abang kepada bedah binti bidin ialah mahmud bin bidin bin awang beruang bin orang kaya johan pahlawan hassan.salah seorang cicit orang kaya johan pahlawan hassan melalui cucu perempuannya ialah dato abu khalil akashah bekas setiausaha kepada arwah orang kaya indera syahbandar dan perdana menteri tun haji abdul razak bin hussein.

Tuesday, May 17, 2011

pulau tawar dan kg kedondong,jerantut







pada tahun 1889 almarhum sultan ahmad muazzam shah telah meninggalkan pekan dan berpindah dan bersemayam ke daerah pulau tawar yang pada masa itu dibawah pegangan orang kaya maharaja indera setia gajah pahang atau tok gajah rasu bin syahrum.baginda suka memburu seladang dikawasan tanjung balik angin berhampiran tebing tinggi dan burau tak jauh dari pedah,direkodkan pada 1889 baginda berjaya memburu lebih dari 60 ekor seladang dan salah seekor telah dihadiahkan kepada governor british waktu itu,governor telah menghadiahkan seladang itu kepada zoological gardens london.selain daripada keturunan tok gajah,tok kaya indera setia raja jusoh bin tukang ada juga keluarga bangsawan yang bermaustatin dipulau tawar mengikut dari salasilah keturunan ,mereka berasal dari pagar ruyung minangkabau atau siak disumatera.ini salasilahnya:tawang bin long bin tun ahmad bin tun sinar sulaiman bin tun sinar hassan bin bin tun sinar hassan bin tun sinar deraman bin tun sinar putih ca(1450-1550)bin tok raja debalang(hulubalang)jengka(adakah mereka dari keturunan orang besar berlapan pahang iaitu tok raja dewa hulubalang tanjung belawan?) tun sinar abdul jalil bin tun sinar matahari(berhijrah ke kg kedondong jerantut)bin sultan syed mansor shah mahkota alam bin syed abdul aziz bin syed abu bakar bin syed muhammad bin syed abu bakar dari bani tamim hadramawt yemen.(photo kiri diatas adalah che pit isteri kepada almarhum tengku muda ali ibni sultan ahmad muazzam shah pahang dan haji tawang bin long bin tun ahmad dari pulau tawar)(photo kanan-encik azam bin ramli dari keturuna tok muda wok bin zainal dari pulau tawar)

Sunday, February 20, 2011

photo keturunan imam perang syed deraman




foto disebelah kiri duduk ditengah ialah jumaat atau syed omar bin imam perang syed deraman bondanya dipercayai adalah adinda kepada almarhum bendahara tun mutahir ibni bendahara tun ali pahang ,yang berdiri paling kiri ialah wok abdul wahab bin jumaat@syed omar.foto diambil waktu aidilfitri 1947.foto disebelah kanan adalah wok abdul wahab bin jumaat@syed omar bin syed deraman@abd rahman bin penghulu syed daeng mohd amin(penghulu pulau tekong kecil singapura)bin long ibni raja haji fisabilillah.

keturunan imam perang syed deraman




imam perang syed deraman bin daeng mohd amin bin daeng ? ibni raja haji fisabilillah adalah salah seorang panglima perang yang handal dizaman beliau,dia juga adalah imam perang kepada bendahara tun mutahir ibni bendahara tun ali yang terlibat sewaktu perang bendahara dalam tahun 1857-1863.diercayai beliau juga berkahwin dgn salah seorang adinda kepada tun mutahir.setelah tamat perang bendahara imam perang syed derraman telah berhijrah ke johor bersama keluarga dan pembesar tun mutahir.dikatakan syed deraman mula berhijrah ke kampung pahang telok belanga kemudian ke kg pahang johor bharu kemudian ke sungai rengit teluk ramunia dan akhir sekali ke kg pahang dipulau tekong dimana anaknya syed omar atau nama lainnya jumaat bin hitam dilahirkan.antara keturunannya ialah hajjah chik binti syed omar@jumaat yang masih hidup dan menetap di johor bharu.seorang lagi ialah zukri aksah anak kepada azizah binti abdul wahab bin syed omar@jumaat bin imam perang syed deraman@hitam yang kini menetap dikuantan pahang.(photo hajjah chik binti jumaat@syed omar bin imam perang syed deraman dan foto kanan atas ialah zukri aksah cucu kepada abdul wahab bin syed omar@jumaat bin imam perang syed deraman