pepatah bugis

"narekko sompe'ko,aja' muahcaji ana'guru,ancaji punggawako"-kalau kamu pergi merantau janganlah menjadi anak buah,tapi berjuanglah menjadi pemimpinnya"

pepatah minangkabau

dari mano titiak pelito,dari tangluang nan berapi,dari mano asa niniak kito,dari puncak gunung merapi

almarhum sultan ahmad muazzam shah

almarhum sultan ahmad muazzam shah

cogan kesultanan pahang

cogan kesultanan pahang
cogan diraja kesultanan pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

pekan pahang

pekan pahang
pemandangan bandar pekan lama pahang

Thursday, September 30, 2010

wajah orang kaya indera mahkota haji abdul halim bin jaafar


orang kaya indera mahkota haji abdul halim@che gendut bin jaafar berdiri paling atas dan orangnya rendah bermisai dan berjanggut putih(no 2 dari kiri) berserban putih dibelakang engku muda mansor dan disebelahnya ialah che gadoh bin tok mata2 zainal abidin manakala dibelakang almarhum sultan ahmad muazzam shah ialah orang kaya indera setia raja panglima garang jusoh bin tukang

Wednesday, September 22, 2010

keturunan tun kelsom binti tun abdullah

maklumat yang saya perolehi dari wan abdul rahim iaitu adik kepada penulis wan hulaimy@awang goneng bonda tun kelsom,iaitu nenda kepada almarhum sultan sir abu bakar pahang berasal dari cochin vietnam,beliau mempunyai 3 orang adik beradik dan salah seorang iaitu habibah kochi adalah moyang kepada wan abd rahim dan wan hulaimy.mengikut dari maklumat beliau tun kelsom lahir dan dibesarkan di kuala kemaman.habibah kochi berkahwin dgn seorang tun dari keluarga bangsawan terengganu dari kemaman dan melahirkan seorang anak yang bernama tun fatimah dan tun fatimah telah berkahwin dgn wan ahmad seorang utusan dari raja pattani dan dari situlah asal usul keturunan wan hulaimy dan wan abd rahim.manakala bonda kepada tun kelsom pula telah berkahwin dgn seorang pegawai sultan terengganu yang juga wakil pemerintah sultan dikemaman yang berbangsa tun dan dari situlah lahirnya keluarga tun kelsom binti tun abdullah.seorang lagi adik kepada habibah kochi telah berkahwin dgn seorang saudagar yg berasal dari pulau duyong atau seberang takir.