pepatah bugis

"narekko sompe'ko,aja' muahcaji ana'guru,ancaji punggawako"-kalau kamu pergi merantau janganlah menjadi anak buah,tapi berjuanglah menjadi pemimpinnya"

pepatah minangkabau

dari mano titiak pelito,dari tangluang nan berapi,dari mano asa niniak kito,dari puncak gunung merapi

almarhum sultan ahmad muazzam shah

almarhum sultan ahmad muazzam shah

cogan kesultanan pahang

cogan kesultanan pahang
cogan diraja kesultanan pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

pekan pahang

pekan pahang
pemandangan bandar pekan lama pahang

Monday, April 19, 2010

keturunan orang kaya indera syahbandar XI dato sri najib

orang kaya indera syahbandar XI dato sri najib bin orang kaya indera syahbandar X tun hj abdul razak bin orang kaya indera syahbandar IX dato hussain bin awang muhammad taib bin tuan hakim haji andak bin orang kaya indera syahbandar VI hussain bin orang kaya indera syahbandar V jahidin@chalidin bin orang kaya indera syahbandar III bediman bin orang kaya indera syahbandar I tondek@tunduk,manakala keturunan bugis beliau adalah dari che embong yang berkahwin dengan orang kaya indera syahbandar V jahidin@chalidin. che embong binti orang kaya indera syahbandar II jenal yang berkahwin dengan che mas binti tok pondek bin tok pongkeng bin tok tuan@karaeng aji@karaeng agang jene mohd nasiruddin bin la pattau arumpone bone bin sultan abdul jalil tumenanga ri lakung raja gowa 19 bin I mappadulung daeng mattimung karaeng sanrobone

keturunan tun mutahir

almarhum sultan abu bakar ibni dato temenggung seri maharaja tun daeng ibrahim johor-singapura telah berkahwin dengan che engku puan chik binti raja bendahara seri maharaja tun muhammad tahir@tun mutahir dan mempunyai zuriat iaitu tunku besar putri,beliau telah berkahwin dengan sepupunya iaitu ungku chik ahmad bin ungku abdul rahman ibni dato temenggung seri maharaja tun daeng ibrahim.mereka mempunyai 8 org putra dan putri iaitu 1)ungku abu bakar 2)ungku embong 3)ungku lok lok 4)ungku kechil 5)ungku noor 6)ungku lebar 7)ungku zahrah 8)ungku muhammad

mencari keturunan yang terputus.

saya baru mendapat maklumat mengenai keturunan tun tanjung@engku besar tanjung bin dato bendahara sri wak raja tun abdul rahman ibni tun muhammad"engku tanjung"ibni dato bendahara paduka raja tun koris pahang.saya di fahamkan yg beliau telah berhijrah ke kuala terengganu dan dikebumikan di jalan banggol,kuala terengganu dan mempunyai zuriat keturunan iaitu tun rodziah dan tun saripah.saya masih menyiasat dan jika ada sesiapa yang mengetahui sula hubungi saya.

mencari salasilah keturunan tun kelsom

tun kelsom adalah bonda kepada almarhum sultan sir abu bakar riayatuddin al-muadzam shah,mengikut kepada maklumat yang saya perolehi tun kelsom berasal dari terengganu kemungkinan dari pulau duyung..tun kelsom mempunyai 2 adidnda iaitu tun yahnih dan tun omar.jika ada sesiapa yang mengetahui sila hubungi saya.setakat ini shj salasilah yg di ketahui iaitu tun kelsom bt tun abdullah bin tun abd raof

Saturday, April 17, 2010

bekas gedung atau runtuhan istana bendahara2 pahang dipulau maulana,pekan

sewaktu penulis melawat rumah ayah mertua encik osman hitam dipulau maulana pekan pada 26hb ogos 1994,beliau telah menyiasat dan menyoal jawab mengenai bekas puing2 atau bangunan dibelakang rumahnya.menurut beliau disitu lah bekas kawasan istana kota lama yang juga dikenali tiang bendera tempat persemayaman bendahara-bendahara pemerintah negeri pahang termasuk raja bendahara tun ali ibni bendahara tun koris,selain istana-istana baginda di pulau lamir dipahang tua.dipercayai bekas tapak itulah tempat sultan ahmad muazzam shah diputrakan.tapak runtuhan berbentuk empat segi dan pada waktu tersebut masih jelas kedudukan seginya.sewaktu akhir pemerintahan bendahara tun ali baginda telah bersemayam dipulau lamir dan istana dipulau maulana telah didiami oleh putri sulongnya tun long dan menantunya syed omar al-saggoff yang juga menterinya serta putra-putri beliau.menurut ayah mertua osman hitam dahulu ada bilik tempat menyimpan peti besi dan ianya telah runtuh selepas banjir besar tahn 1926.selepas diselidiki bekas gedung tersebut terletak atas sebuah pulau kecil kerana ada alur/selat mengelilingi bangunan itu.sayang sekali tiada pihak yang ingin membaik pulih dan menandanya sebagai tapak sejarah yang sudah tentu mempunyai peristiwa2 penting yg pernah berlaku dahulu kala.penulis masih ada menyimpan sedikit dari puing2 runtuhan.

keturunan bugis dipahang


di negeri pahang amnya kebanyakkan penduduknya adalah berketurunan melayu johor,bugis,minangkabau,arab dan rawa mandahiling.ramai diantara mereka telah berkahwin bercampur campur bugis x minang,arab x bugis dll.antara tempat yang mempunyai ramai penduduk berketurunan bugis adalah di endau-mersing(dahulu sempadan pahang-johor ialah dikuala sedili),luit-chenor,pekan dan temerloh.antara maklumat terawal penempatan bugis dipahang adalah maklumat mengenai bonda bendahara tun koris ibni bendahara tun abd majid yang berketurunan bugis dari endau dan saya rasa ada hubungan dgn keturunan bekas penghulu pianggu,rompin iaitu jenang login.ini salasilah keturunanya,haji masood bin haji sulaiman(abang beliau dato haji bidin) bin jenang login bin jenang rion bin said bin daeng kalok bin panglima daeng bujang.panglima daeng bujang mempunyai dua adik beradik iaitu panglima hitam dan panglima lontarak.manakala di luit dan chenor terdapat ramai keturunan bugis diantaranya isteri almarhum sultan ahmad muazzam shah iaitu cik saoma bt daeng minai(wok koro)manakala dipekan adalah keturunan karaeng agang jene@mohd nasiruddin@karaeng aji@tok tuan yang berhijrah kepahang tahun 1722 kerana merajuk tidak dipilih menjadi raja luwuk ke 20,darinya adalah keturunan dari sebelah perempuan moyang tun abdul razak bekas pm malaysia.manakala dikalangan kerabat diraja pula adalah keturunan isteri engku muda mansur iaitu che wok bt haji abdul ghani bin abdul karim bin daeng abd latiif(keturunan bugis dari linggi-selangor-singapura).wallahu'alam(gambar diatas ialah balai lompoa,luwuk)

Friday, April 16, 2010

istana kesultanan luwuk,sulawesi.



istana kesultanan luwuk di kota palopo sulawesi,istana ini dibina penjajah belanda pada awal 1920an bagi menggantikan istana sebelumnya yang dikenali sebagai istana bertiang 88.sebelum kota palopo pusat kerajaan luwuk terletak di kota patimang malangke,sulawesi

Tuesday, April 13, 2010

keturunan bugis



moyit saya engku umaiyah adalah putri kepada engku muda mansor,adinda kepada almarhum sultan ahmad muazzam shah sultan pahang pertama dan bondanya ialah che wok fatimah binti haji abdul ghani@rani berketurunan raja bugis dari kepulauan sangihe sulawesi utara,adinda kepada che wok fatimah ialah dato abdul razak bekas setiausaha sulit almarhum sultan alauddin sulaiman shah selangor dan pernah menjawat jawatan magistrate dikelang.seorang lagi kekanda che wok fatimah iaitu che aishah@jamilah pernah berkahwin dengan hartawan terkenal syed muhammad@nong chik al-saggoff dari singapura,selepas bercerai beliau telah berkahwin dgn tengku haji ali ibni sultan alauddin alam shah ibni sultan ali iskandar shah,sultan singapura.ini salasilah keturunannya-che wok fatimah binti haji abdul ghani bin abdul karim bin daing abdul latiff bin arung haji muda bin arung abdul rasul bin arung limbang bin daeng petta perangkawai@pechawal@ponggawaE(raja kepulauan sangihe,sulawesi utara)bin arung palakka(raja bone) bin opu la maddusalat datu tanete matinroe ri dusung@abdul qadir mahyuddin(raja luwuk).diantara tokoh2 terkenal yang berketurunan ini ialah dato mohd ismail bin dr abdul latiff bekas mb selangor ke 5,tan sri yaakub latiff bekas dato bandar kuala lumpur dan dr abdul latiff bin abdul razak iaitu doktor melayu yang pertama.gambar teratas(dr abdul latiff bin dato setia selangor abdul razak)

Monday, April 12, 2010

kediaman british residen pekan


rumah residen ini dibina diatas tapak tanah haji mohd noor bin abdul hamid,che gaduh dan tuan hitam al-habshi menteri.dizaman kesultanan pahang dinasti melaka dahulu ia adalah tapak istana yang dikenali dgn peristiwa dimana tun teja putri bendahara pahang dilarikan hang nadim.sekarang tapak ini adalah bekas istana kota beram yang telah dijadikan muzium sultan abu bakar,pekan baru.

almarhum sultan ahmad serta keluarga


gambar almarhum sultan ahmad muazzam shah(duduk ditengah)bersama putra baginda tengku setia raja omar(duduk kiri sekali) dan tengku ampuan mariam(duduk kanan sekali)

sultan ahmad muazzam shah bertandu


sultan pahang I almarhum sultan ahmad muazzam shah biasanya akan ditandu apabila membuat lawatan disekitar bandar pekan,kebiasaannya baginda akan diiringi oleh pembawa alat kebesaran dan disertai oleh orang2 besar,tok panglima dalam dan juak juak baginda.(gambar ini diambil dlm tahun 1903)

masjid kampung masjid,pekan lama


masjid ini terletak di tapak bekas pejabat sultan dipekan lama iaitu di hadapan istana saodah.banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling masjid ini antaranya perang dikubu kampung masjid sewaktu perang saudara 1863.disini juga kubu terakhir pihak bendahara tun mutahir yang mana ia dipertahan oleh suliwatang bugis yang dihantar oleh sultan abu bakar johor dimana pihak tun ahmad yang diketuai oleh imam perang tok gajah teleh berjaya menawan kubu disini.

Sunday, April 11, 2010

tanjak pahang


asal-usul-tanjak atau tengkolok adalah sejenis pakaian harian org melayu dizaman purba.ia dipakai diatas kepala,sekarang tanjak digunakan untuk pakaian berkala untuk masa tertentu dan lazimnya dikalangan istana.oleh kerana negeri pahang pernah ditakluk oleh riau-lingga,acheh dan ada hubungan dgn minangkabau,bugis serta jawa maka unsur-unsur ini telah mempengaruhi cara ikatan oleh pengikat dan pemakainya.jenis-jenis tanjak-1)sekelungsung bunga 2)helang menyunsung angin 3)sunda menggamit 4)belah mambang 5)anak raja naik bersiram 6)patong kurus 7)bugis tak balik 8)getang budu dan bagi tanjak sekelungsung bunga antara yang pernah memakainya adalah almarhum sultan sir abu bakar dan sekarang sultan pahang V sultan hj ahmad shah.tanjak sunda menggamit pula pernah dipakai almarhum sultan pahang I sultan ahmad muazzam shah,bagi tanjak helang menyunsung angin pula ia pernah dipakai oleh almarhum al-muktassim billah sultan abdullah sultan pahang III.bagi tanjak bugis tak balik ia telah dipakai oleh almarhum sultan pahang II sultan mahmud.tanjak raja naik bersiram puka kelazimannya digunakan oleh raja2 selepas istiadat bersiram sama ada istadat perkahwinan atau pertabalan.tanjak ini hanya boleh dipakai oleh raja sahaja,putra dan cucunda raja tidak dibenarkan memakainya.(foto diatas adalah tanjak sekelungsung bunga,jenis tanjak yg digunakan oleh sultan pahang sekarang)

RAJA AHMAD AL LINGGI: RAJA AHMAD AL LINGGI KETURUNAN BUGIS MAKASSAR

RAJA AHMAD AL LINGGI: RAJA AHMAD AL LINGGI KETURUNAN BUGIS MAKASSAR

list gelaran kerabat-kerabat bergelar dan waris2 ganti negeri pahang


(1)tengku mahkota-1)tengku abu bakar ibni sultan abdullah al-muktassim billah(1930-1932) 2)tengku ahmad shah ibni sultan abu bakar riayatuddin al muadzam shah(1944-1974) 3)tengku abdullah alam shah(1980-sekarang) (2)tengku muda-1)tengku ali ibni sultan ahmad muazzam shah(1897-1915) 2)tengku abdul rahman al-haj ibni sultan ahmad shah al-mustain billah(1986-sekarang) (3)tengku arif bendahara-1)tengku mahmud ibni sultan abdullah al-muktassim billah(1931-1965) 2)tengku ibrahim ibni sultan abu bakar riayatuddin al-muadzam shah(1965-1988) 3)tengku abdullah ibni sultan abu bakar riayatuddin al-muadzam shah(1989-sekarang) (4)tengku arif temenggung-1)tengku haji abdul aziz ibni sultan abdullah al-muktassim billah(1931-1988) 2)tengku ahmad ibni sultan abdullah al-muktassim billah(1989-1999) 3)tengku fahad muadzam ibni sultan haji ahmad shah al-mustain billah(2009-sekarang) (5)tengku besar-1)tengku mahmud ibni sultan ahmad muazzam shah(1897-1914) 2)tengku sulaiman ibni sultan ahmad muazzam shah(1920-1962) 3)tengku haji abdul jalil bin tengku besar sulaiman 4)tengku kamil ismail bin tengku idris shah( 6)tengku panglima perang-1)tengku jusoh ibni sultan ahmad muazzam shah(1931-1939) 2)tengku muhammad ibni sultan ahmad muazzam shah(1940-1957) 3)tengku ahmad ibni sultan abdullah al-muktassim billah(1957-1987) 4)tengku haji ismail bin tengku panglima perang muhammad(1987-1989) 5)tengku abdul aziz ibni sultan abu bakar riayatuddin al-muadzam shah(1989-sekarang) (7)tengku panglima besar-1)tun hassan bin engku muda tun duajid abdul kadir 2)tun buang ismail ibni dato bendahara paduka raja tun ali 3)engku muhammad salleh bin dato temenggung seri wak raja tun mahmud 4)tengku haji jaafar bin tengku muda ali(1931-1987) 5)tengku abdul khalid ibni sultan abdullah al-muktassim billah(1988-2001) 6)tengku haji ibrahim bin tengku besar sulaiman(2001-sekarang) (8)engku muda-1)tun abdul mutalib ibni dato bendahara tun abdul majid 2)tun duajid abdul kadir ibni dato bendahara tun muhammad 3)tun ali ibni dato bendahara tun koris 4)tun muhammad tahir(mutahir)ibni dato bendahara tun ali 5)tun koris(long)ibni dato bendahara tun mutahir 6)tun mansor ibni dato bendahara tun ali 7)engku muhammad bin dato bendahara seri wak raja tun abdul rahman 8)engku abdul jamal bin engku muda mansor(1931-1975)selepas almarhum sultan ahmad muazzam menaiki takhta negeri pahang baginda telah mengurnia gelaran kepada sepupu baginda dato bendahara seri wak raja tun abdul rahman bin tun muhammad tanjong(1863-1907) dan anak saudara baginda dato temenggung seri wak raja tun mahmud bin engku panglima besar tun buang ismail(1863-1895)-intaha,wallahualam

Saturday, April 10, 2010

putra-putri almarhum raja bendahara seri wak raja tun ali ibni dato bendahara paduka raja tun koris

dengan isteri pertama che wan ngah dapat zuriatnya 1)che engku long berkahwin dgn syed omar bin syed abdul rahman al-attas 2)raja bendahara seri maharaja tun muhammad tahir(mutahir) 3)engku panglima besar tun buang ismail 4)che wan teh dengan isteri kedua che long(lingga)binti tok kota(asal dari luit,maran)dapat zuriatnya 5)raja bendahara seri wak raja tun ahmad kemudian bergelar sultan ahmad muazzam shah 6)che puan tengah wan fatimah berkahwin dengan sepupunya dato bendahara seri wak raja tun abdul rahman bin tun muhammad"engku tanjong" dan dengan isteri ketiga che sani asal dari tanjung serandu pekan dapat zuriatnya 7)che wan sonit berkahwin dengan tun daing abdullah ibni dato temenggung seri maharaja tun abdul rahman 8)che wan aishah berkahwin dengan tunku kechik johor 9)che wan andak berkahwin dgn tuan syed hussain bin syed jaafar al-habshi dari johor(syed jaafar berkahwin dgn tun daing aishah bt dato temenggung seri maharaja tun abdul rahman) 10)tun hassan(mangkat muda di tanjung beruas kuala pahang) 11)engku muda mansor

putra-putri kepada almarhum raja bendahara seri maharaja tun muhammad tahir@tun mutahir ibni raja bendahara tun ali pahang


1)raja bendahara seri maharaja tun kuris(wan long) berkahwin dgn tun besar binti dato temenggung tun ibrahim johor 2)tun ngah berkahwin dgn almarhum sultan mahmud muzzafar shah ibni sultan muhammad muazzam shah lingga 3)raja bendahara seri maharaja tun abdul rahman(aman@che wan chik)bendahara dalam buangan berkahwin dgn che wan empok bt engku panglima besar tun ismail dan tengku hamidah bt sultan muhammad muazzam shah lingga 4)tun ali@tun da(che wan endut) berkahwin dgn che jamilah bt ali 5)tun chik berkahwin dgn almarhum sultan abu bakar johor dan mendapat seorang putri iaitu tunku besar putri 6)tun abdullah 7)tun ibrahim(mangkat sewaktu perang klang 1873 dikuala selangor dan dikebumikan di sebelah hulu kota raja mahdi klang selangor 8)tun nit mariamah berkahwin dengan raja qibtiyah bin raja haji abdul rahman@haji mohd noor(anak saudara raja bilah mandahiling 9)tun muhammad 10)tun osman,sebelum tun kuris berkahwin dgn tun besar dia telah mempunyai isteri dan anak seramai 4 orang iaitu 2 putra dan 2 putri dan yang sulung bernama tun abdul majid manakala perkahwinan diantara raja qibtiyah dgn tun nit mariamah mendapat anak lelaki bernama mohd jamil dan cucu bernama noormiah@nadimah-wallahualam(foto diatas ialah che wan mohamed bin tun ali@tun da)

orang-orang besar 16 dizaman almarhum sultan ahmad muazzam shah


1)tok muda latif(penghulu bentong) 2)tok muda sulaiman(penghulu lubuk terua) 3)tok keli(penghulu sega) 4)tuan imam yusuf(penghulu batu talam)bersama imam perang bakar 5)tok muda yusop(penghulu bangau,lipis) 6)tok mihid(penghulu kuala bera) 7)tok umbi(penghulu triang) 8)tok dollah(penghulu bera dalam) 9)tok muda pandak(penghulu pulau lebak) 10)tok muda sidek(penghulu kerdau) 11)tok muda dollah(penghulu lipat kajang) 12)tok imam sidin(penghulu sanggang) 13)tok awang sidin(penghulu tanjong ara) 14)tok muda don(penghulu kampong tebal,temerloh) 15)tok ulia(penghulu buntut pulau,temerloh) 16)tok imam perang tujuh lapis(penghulu raub)

-foto diatas ialah tok muda che wan muhammad bin engku ngah abu bakar

peristiwa mengangkat sumpah taat setia kepada tun ahmad(kemudian sultan ahmad muazzam shah) pada bulan ogos 1862

semasa peperangan saudara atau perang bendahara diantara tun ahmad(bendahara seri wak raja)dan kekandanya bendahara seri maharaja tun mutahir,berlaku satu peristiwa yg penting dimana sewaktu itu tun ahmad yg baru kalah perang dipahang berada dipaka terengganu dibawah jagaan almarhum sultan omar terengganu telah didatangi oleh haji mohd dan anaknya haji yaakub.mereka berdua telah datang dari kangsa,pahang dgn secara rahsia(kerana sebelum ini mereka berdua menyebelahi tun mutahir)lalu mengadap tun ahmad untuk mengaku taat setia dan teguh serta memohon tun ahmad supaya berangkat pulang kepahang,kerana katanya sekalian hamba-hamba rakyat sedang menunggu keberangkatan pulang tun ahmad.maka tidak berapa lama kemudian orang kaya indera maharaja perba jelai wan ideris dan tok seita wangsa lipis tok teh telah pergi ke kelantan apabila mengetahui tun ahmad berada disana dan telah pergi untuk membawa pulang tun ahmad ke pahang.dengan diirirngi oleh tok kaya semantan bahaman,dato setia muda wan muhammad,encik basuk riau,maka berangkatlah tun ahmad pulang melalui kuala terengganu,kemudian ke kemaman.sebelum berangkat,tun ahmad meninggalkan bondanya che long(lingga)bt tok kota di paka dibawah jagaan che basuk riau dan terus berangkat melalui ulu dungun.apabila sampai dibukit busut disempadan terengganu -pahang,tun ahmad berhenti dan santap durian dikalam habib syed hadad,dan dari hari itulah buah-buah durian disitu digelar "durian raja".setelah tun ahmad sampai dikuala tembeling maka bersemayamlah tun ahmad selama sepuluh hari.maka pada masa inilah dipasir tambang,kuala tembeling orang-orang besar dan panglima-panglima diantaranya tok gajah,haji mohd dan anaknya hj yaakub,tok bahaman,dato setia muda wan mohd,orang kaya indera maharaja perba wan ideristok setia wangsa teh,haji wan daud bin wan pahang,tok imam perang komeng,panglima raja che endut hj abd halim,panglima laut talib,panglima raja tok tunggal bukit segumpal,tok panglima dalam hitam abdullah,panglima hitam,panglima muda,panglima tapak,tuan hitam al-habshi,tuan mandak al-jefri,tuan long,tuan embong al-jefri,tuan long,tuan empok,tuan kecut,tuan tahakdan lain-lain lagi telah bersumpah mengaku taat setia pada tun ahmad sehingga ke anak cucu dan zuriat2nya.apabila mendengar sumpah taat setia ini maka tun ahmad dengan linangan airmata telah bertitah"apakah selamat sempurna jangan apa apa merbahayanya,kenyataan saya jadi raja pahang,insyaallah taala,saya akan balas kebaktian sekelian dato-dato dan panglima-panglima,dan saya harap dato-dato sekelian selamat sempurna,dan jangan sehingga memberhayakan tubuh badan semuanya"dengan daulat almarhum almarhum maka sampailah ketika masa melangkah hari yang baik.selepas mendengar titah tun ahmad maka sekelian yang ada disitu telah berselawat sebanyak 3 kali.kemudian mereka semuanya menaiki rakit-rakit yang disediakan dan setelah mustaid kesemuanya,maka pada hari itu hari yang amat bersejarah yang berlaku dalam bulan ogos 1862 angkatan perang tun ahmadtelah bertolak dan menghilir sungai pahang dan memerangi kubu-kubu bendahara tun mutahir serta anakanda2nya dikiri kanan sungai pahang sehingga tertawannya kubu terakhir di kampung masjid,pekan lama pekan pada 10hb jun 1863

susunan gelaran keluarga

kebawah-saya-anak-cucu-cicit-cuit-gamit-piyut-piyiat-choti-motek-lekar-beramin dan keatas pula ialah saya-ayah-datuk-moyang-moyit-changsol-waril-warang-unang-anisy-kelapah-buyut

sejarah ringkas sekolah kebangsaan sri maulana,pulau maulana pekan pahang

pada tahu 1908 dengan arahan pemerintah inggeris ketika itu tuan maxwell(pegawai daerah pekan)serta dibantu oleh tok penghulu pekan tuan chik bin syed omar al-habshi dan inche kenit(ketua kampung)telah berusaha untuk mencari tapak bagi mendirikan sebuah sekolah.maka pada tahun itu juga wujudnya sebuah sekolah dikampung pulau jawa disuatu kawasan tepi sungai pahang dikampung maulana(kawasan istana bendahara seri wak raja tun ali)yang dulu dikenali sebagai tiang bendera atau kota lama.sekolah itu didirikan diatas tanah kepunyaan tuan haji ali bin arshad(anak che gaduh).sekolah itu diberi nama "sekolah pekan seberang" dgn menampung 30 org murid laki2 dan 2 org guru.tuan haji ali bin che gaduh hj arshad merupakan guru besar yg pertama disekolah tersebut-petikan cerita dari bekas guru besar sek.keb. sri maulana encik yusof bin dahalan(1985)

tok muda dizaman pemerintahan almarhum sultan abu bakar


1)tok muda haji abdul aziz bin hj musa(kemudian bergelar dato setia perkasa) 2)tok muda abdul hamid bin orang kaya indera syahbandar VIII osman 3)tok muda ibrahim bin haji daud 4)tok muda haji ibrahim bin kesah 5)tok muda awang bin hassan 6)tok muda abdul malik bin sidik 7)tok muda che wan muhammad bin engku ngah abu bakar 8)tok muda che wan ahmad bin che wan mohd yusof 9)tok muda bakhtiar bin hassan 10)tok muda tengku zohri bin tengku daud 11)tok muda awang mustaffa bin imam isa 12)tok muda awang hitam bin abbas 13)tok muda awang idris bin lambak 14)tok muda sheikh hassan bin tok panglima dalam sheikh mohamed 15)tok muda mohd bin buang kemudian bergelar dato setia lela 16)tok muda haji abdul rahman bin haji mohd nor

(foto diatas ialah tok muda che wan muhammad bin engku ngah abu bakar

Friday, April 9, 2010

list penghulu-penghulu dinegeri pahang pada tahun 1916

1)penghulu panglima kakap hussin bin mohd salleh (lahir1856)-kuala tembeling 2)khatib mohd ali bin dris(lahir1882)-penolong penghulu kuala tembeling 3)tok muda mohd piah bin ismail(lahir1866)-tanjung besar dan ulu cheka 4)dato setia raja teh bin orang kaya indera setia raja yusof(lahir1888)-pulau tawar 5)haji idris bin dato setia wangsa sentol(lahir1876)-budu 6)che wan ahmad bin engku khatib(lahir1866)-ulu tembeling 7)kopak bin tok muda yusoh(lahir1881)-telang 8)tok muda mohd akhir bin yaakub(lahir1856)-gua 9)mohd bakar bin tok muda kia(lahir1876)-tebing tinggi 10)ahmad bin khatib bakar(lahir1881)-kelola 11)mat yunus bin uda deman(lahir1871)-kechau 12)bek bin chu(lahir1887)-cheka 13)sat bin menteri dollah(lahir1866)-penjom 14)wan chik bin orang kaya indera maharaja perba wan mohd(lahir1886)-ulu jelai dan batu yon 15)mukim long bin bilal majid(lahir1846)-teh 16)haji ismail bin khatib hussin(lahir1881)-burau 17)imam teh bin tel(lahir1866)-sega 18)dato setia lela tengku kudin bin tengku samat(lahir1871)-gali 19)awang bin lebai itam(lahir1886)-bentong 20)tok muda mat zin bin khatib ngah(lahir1861)-sabai 21)khatib ismail bin mohd(lahir1861)-ulu dong 22)tok muda hassan bin haji mohd salleh(lahir1875)-dong 23)abbas bin awang hamid(lahir1869)-tras 24)mohd saman bin haji abdullah(lahir1879)-ulu semantan 25)yop bin khatib unus(lahir1887)-batu talam 26)haji hussin bin awang sudara(lahir1869)-chenor 27)che wan abdul majid bin che wan ngah(lahir1890)-chenor 28)tok muda awang noh bin imam perang teh muhammad(lahir1879)-sanggang 29)muhammad bin bahaman(lahir1882)-semantan 30)bidin bin kesah(lahir1888)-mentakab 31)dato setia amar segar mohd yassin bin siantan(lahir1884)-jenderak 32)mohd yusoh bin haji junit(lahir1877)-kertau 33)tok muda suleyman bin tok umbi(lahir1875)-triang 34)ibrahim bin kesah(lahir1885)-perak 35)kassim bin osman(lahir1899)-penolong di perak 36)tok muda mat akhir bin lasak(lahir1872)-bukit segumpal 37)tok muda midon bin tok ngah(lahir1873)-bera 38)ahmad bin haji maidin@mohideen(lahir1881)-penor 39)osman bin tok dollah(lahir1881)-lipat kajang 40)khatib budin bin abu bakar(lahir1857)-bangau 41)tok muda sidik bin imam tahir(lahir1864)-kerdau 42)tok muda mat dahan bin orang kaya dewa pahlawan abdullah(bangau)(lahir1874)-songsang 43)tok penghulu balai mat bin lambak(lahir1856)-langgar 44)tuan chik bin syed omar al-habshi(lahir1850)-pekan 45)mohd amin bin tok muda hindun(lahir1896)-pahang tua 46)tok penghulu balai mat jusop bin tok penghulu balai mat(lahir1885)-pulau rusa 47)che engku ali bin dato bendahara seri wak raja tun abdul rahman(lahir1868)-penyor 48)sleman bin tok jenang login(lahir1888)-kuala endau 49)hussin bin ahmad(lahir1890)-pulau manis 50)haji mohd sidik bin haji mohd latip(lahir1874)-luit 51)abdullah bin ali(lahir1878)-temai 52)awang bin lambak(lahir1894)-kuala pahang 53)suleiman bin mohd salleh(lahit1871)-ganchong 54)che mahmud bin ahmad(lahir1871)-bebar 55)draman bin penghulu mahmud(lahir1886)-lepar 56)mohamed amin bin mohamed aji(lahir1875)-kuala rompin 57)semin bin jenang haji mohamed(lahir1867)-ulu rompin 58)deman bin datang(lahir1881)-ulu endau 59)draman bin bakar(lahir1884)-pontian 60)tuan tengah bin tuan wok(lahir1873)-beserah 61)dato setia jaya abu bakar bin orang kaya imam perang indera mahkota haji abdul halim(lahir1874)-kuantan 62)che wan abdul majid bin che wan andak-ulu kuantan 63)jaapar bin orang kaya imam perang indera mahkota haji abdul halim(lahir1886)-sungai karang

orang kaya indera segara-temerloh pahang


jawatan ini adalah di antara orang besar berempat negeri pahang,dahulunya sebelum almarhum sultan ahmad muazzam shah ia dipanggil orang kaya maharaja indera putra temerloh.jawatan ini sekarang dipegang oleh orang kaya indera segara X tengku dato haji ibrahim bin tengku panglima perang muhammad(1989).jawatan ini sebelum diberi kepada golongan kerabat diraja ia adalah jawatan pusaka turun temurun bagi keluarga orang kaya indera segara I tok muhammad dari mengkarak,triang.-leluhurnya adalah orang kaya indera segara V haji tahir bin nakhoda jelai dan sebelum beliau adalah bapa kepada isterinya iaitu orang kaya indera segara IV tok ahmad bin orang kaya indera segara III tok haji hassan bin orang kaya indera segara II tok aji bin orang kaya indera segara I tok muhammad.selepas jawatan ini dipegang oleh org kaya indera segara V haji tahir ia dilantik dari keluarga kerabat diraja pahang seperti orang kaya indera segara VI engku abdul jamal bin engku muda mansor,orang kaya indera segara VIII tengku ahmad ibni almarhum sultan abdullah al-muktassim billah,orang kaya indera segara VII tengku ismail ibni almarhum sultan abdullah,orang kaya indera segara IX tengku abdul khalid ibni almarhum sultan abdullah(foto disebelah ialah orang kaya indera segara VI engku abdul jamal bin almarhum engku muda mansor)

orang kaya indera pahlawan-chenor pahang

jawatan orang kaya indera pahlawan adalah antara orang besar berempat negeri pahang,pemegang jawatan ini sekarang ialah orang kaya indera pahlawan VII dato sri che wan abdul wahid bin che wan haji hassan bin orang kaya indera pahlawan VI engku haji abdullah bin dato temenggung seri wak raja tun mahmud,dan sebelum engku haji abdullah jawatan orang kaya indera pahlawan dipegang oleh orang kaya indera pahlawan V dato hussain bin kuyut dan sebelum dato hussain adalah bapa saudaranya orang kaya indera pahlawan IV tok tuit bin orang kaya indera pahlawan III tok adam bin orang kaya indera pahlawan II tok ismail bin orang kaya indera pahlawan I tok gemok(makamnya dikampung peijing chenor).okip tok gemok dikatakan berasal dari minangkabau sumatra dan datang kepahang melalui pasir besar ulu muar.gelaran ini pada zaman sebelum almarhum sultan ahmad muazzam shah dikenali sebagai orang kaya maharaja indera putra pahlawan.(foto diatas ialah orang kaya indera pahlawan VI engku hj abdullah bin dato temenggung seri wak raja tun mahmud ibni engku panglima besar tun ismail

orang kaya indera maharaja perba-jelai pahang

orang kaya indera maharaja perba adalah orang besar berempat yang paling kanan,keturunan ini dikatakan berasal dari kota lima puluh pagaruyung dan ada kaitan dgn keturunan megat terawis diperak.pemegang jawatan ini sekarang adalah orang kaya indera maharaja perba XI dato wan abdul rahman bin orang kaya indera maharaja perba IX dato wan ibrahim bin orang kaya indera maharaja perba VII dato wan tanjong bin orang kaya indera maharaja perba VI dato wan muhammad bin orang kaya indera maharaja perba V wan ideris bin orang kaya indera maharaja perba IV wan muhammad bin orang kaya indera maharaja perba III wan ismail bin orang kaya indera maharaja perba II tok engku semput(maharaja dalam).(foto diatas ialah orang kaya indera maharaja perba VI wan muhammad bin orang kaya indera maharaja perba V wan ideris)

orang kaya indera syahbandar-benta pahang


ini adalah gelaran diantara satu drpd orang besar berempat negeri pahang,jawatan ini pernah disandang oleh perdana menteri malaysia ke2 iaitu orang kaya indera syahbandar X tun haji abdul razak bin okis dato hussain dan perdana menteri sekarang orang kaya indera syahbandar XI dato sri najib bin tun abdul razak-ini adalah zuriat keturunan beliau

orang kaya indera syahbandar XI dato seri najib bin orang kaya indera syahbandar X tun hj abdul razak bin orang kaya indera syahbandar IX dato hussain bin awang muhammad taib bin dato haji andak(tuan hakim)bin orang kaya indera syahbandar VI hussain bin orang kaya indera syahbandar V jahidin@chalidin bin orang kaya indera syahbandar III bediman bin orang kaya indera syahbandar I tondek.keturunan ini juga ada kaitan dengan raja2 bugis digowa dan luwuk sulawesi iaitu dari perkahwinan antara orang kaya indera syahbandar V jahidin@chalidin dengan che embong bt org kaya indera syahbandar II jenal,ibu kepada che embong ialah che mas binti tok pondoh bin tok pongkeng bin tok tuan karaeng aji yang datang ke pahang pada tahun 1722(foto diatas adalah org kaya indera syahbandar IX dato hussain bin awang muhammad taib)

dimanakah zuriat keturunan almarhum raja bendahara seri maharaja tun koris ibni raja bendahara tun mutahir pahang?

seperti yang diketahui raja bendahara tun koris ibni raja bendahara tun mutahir pahang mangkat pada tahun 1863 tak berapa lama selepas ayahandanya mangkat dan dimakamkan dimakam yang sama iaitu dibukit timbalan,tanjung putri johor baru.tun koris berkahwin dengan tun besar binti dato temenggung seri maharaja tun daing ibrahim johor pada tahun 1858 di istana teluk belanga,singapura.mengikut pada cerita2 lisan dari buah mulut orang2 tua dahulu pasangan ini dikurniakan dengan 4 org putra dan putri.hanya nama seorang sahaja yang ada tertulis didalam surat diantara residen general british dgn dato temenggung tun abu bakar johor iaitu tun abdul majid ibni raja bendahara tun koris yang pada tahun 1863 sudah berumur12tahun tetapi sampai kini tidak diketahui dimanakah keturunan ini berada?tun abdul majid kemungkinan besar bukan putradaripada tun koris dan tun besar mungkin dari isteri yang lain,ada ramai yang mengaku mereka dari keturunan ini tetapi tidak dapat dipastikan kebenarannya kerana tiada cukup bukti dan rekod.adakah keturunan ini masih berada dijohor atau telah pulang ke pahang wallahualam?mengikut pada saudara terdekat kepada zuriat ini mereka pun tidak mengetahui dimanakah keturunan ini berada.saya telah menyiasat dan mencari keturunan ini selama hampir 20 tahun tetapi tidak banyak maklumat yg diperolehi cuma ada seseorang yang mengaku bahawasanya dia adalah berketurunan dari tun koris.mengikut ceritanya sewaktu perang saudara dipahang 1857-1863 mereka telah lari ke johor dan beberapa tahun selepas perang tersebut mereka telah pulang kepahang dan tinggal di pulau manis pekan.inilah salasilah keturunan tersebut-che wan osman bin che wan hussain bin che wan hassan bin che wan sulong@tun abdul majid ibni che wan long@raja bendahara tun koris,beliau iaitu che wan osman tinggal di sungai lembing dan telah ditemu ramah pada tahun 1995.wallahualam.

list nama pelajar-pelajar yang pernah menuntut di maktab melayu kuala kangsar yang berasal dari pahang(tidak termasuk kerabat diraja pahang)


1)abu bakar bin ahmad 2)alias bin mohd ali 3)abu bakar bin hussain 4)ahmad bin hussain 5)abdul kadir bin tok muda abdul rahman 6)abdul rahim bin hussain 7)abdul rahim bin tok muda bek 8)chik bin sidek 9)hashim bin abdul malek 10)hussin bin tok muda hassan 11)ismail bin ibrahim 12)ismail bin jamal 13)ibrahim bin mahmud 14)mohd idris bin hj ali 15)jamaluddin bin aji 16)mohd taib bin awang nong 17)mohd taib bin hj mohd amin 18)mohd amin bin hj abdul latif 19)mohd norin bin imam esa 20)mohd nor bin zabidin 21)osman bin taat 22)othman bin karim 23)saidan khadri bin taharin 24)salim bin tok pentara hj awang muhammad 25)syed abu bakar bin syed abdul hamid 26)syed zin bin syed abdul hamid 27)tajul maulok 28)tahir bin haji muhammad 29)wok nordin bin dato abdullah 30)yeop mahidin 31)hood bin dato ahmad 32)hussain bin abdul ghany 33)abu bakar bin mahmud 34)mohd mahbub bin amin 35)ahmad bin rerah 36)mokhtar bin mohd nor

ahli-ahli pahang state council 1888


1) sultan ahmad muazzam shah ibni raja bendahara seri wak raja tun ali 2) tengku besar mahmud ibni sultan ahmad muazzam shah 3)engku muda mansur ibni raja bendahara seri wak raja tun ali 4)tuan mandak syed ali al-jefri 5)orang kaya indera maharaja perba wan mohd bin org kaya indera maharaja perba wan ideris 6)dato bendahara seri wak raja tun abdul rahman bin tun muhammad tanjung 7)orang kaya imam perang indera mahkota haji abdul halim endut bin jaafar 8)tuan resident british 9)dato temenggung seri wak raja tun mahmud bin engku panglima besar tun buang ismail

(foto diatas ialah engku muda mansor ibni raja bendahara seri wak raja tun ali)

menteri2 dizaman raja bendahara seri wak raja tun ali dan anakandanya raja bendahara seri maharaja tun mutahir


1)syed omar bin syed abdul rahman al-attas 2)syed omar bin syed ahmad al-attas 3)syed ahmad bin syed abdullah al-yahya 4)tun abdul rahim 5)dato perdana menteri zainal abidin bin penghulu nyak katar 6)syed zin bin syed mohd al-attas 7)dato org kaya indera pahlawan ismail bin tok gemok 8)penghulu basir semantan 9)orang kaya indera syahbandar VII ali bin org kaya indera syahbandar VI hussain(busu) 10)imam perang tok tangguk bingkai tembaga 11)imam perang tok parit bukit segumpal

(foto diatas ialah tun da ibni almarhum raja bendahara seri maharaja tun muhammad tahir(mutahir)

TEROMBA AR-RAWI: The Pagarruyung Dynasty in Negri Sembilan, Malaysia

TEROMBA AR-RAWI: The Pagarruyung Dynasty in Negri Sembilan, Malaysia

Thursday, April 8, 2010

Jejak Habib: Kubur Habib Yassin - Bukit Puteri#links#links#links#links

Jejak Habib: Kubur Habib Yassin - Bukit Puteri#links#links#links#links

gelaran orang besar raja,orang besar istana dan tok muda tok muda


selain dari jawatan yang tersebut diatas ada juga jawatan orang2 besar raja dan istana.bagi org besar raja dan istana adalah 1)dato setia jaya 2)dato setia bakti 3)tok pentara raja 4)tok penghulu balai 5)tok panglima dalam 6)tok luar 7)tok aria rakna 8)tok bijaya diraja 9)tok mata2.selain dari orang2 besar raja dan istana juga terdapat jawatan orang besar 16 yang bergelar tok muda yang dipilih dari kalangan tok2 penghulu daerah(8 dihulu dan 8 dihilir)-foto disebelah ialah orang kaya indera pahlawan VI che wan haji abdullah bin temenggung seri maharaja tun mahmud

gelaran orang besar berempat,berlapan serta org besar raja negeri pahang darul makmur


1)orang kaya indera maharaja perba 2)orang kaya indera syahbandar 3)orang kaya indera pahlawan 4)orang kaya indera segara selain dari orang besar berempat pada zaman almarhum sultan ahmad muazzam shah sultan pahang diwujudkan jawatan empat lagi orang besar negeri yang statusnya sama dengan orang besar berempat iaitu 1) orang kaya imam perang indera setia gajah 2)orang kaya indera mahkota 3)orang kaya indera setia raja 4)orang kaya maharaja setia raja.jawatan orang kaya imam perang indera gajah dipegang oleh tok rasu bin syahrum(tok gajah(1873-1892),jawatan orang kaya indera mahkota di pegang oleh haji abdul halim bin jaafar(cik endut)dari 1873,jawatan orang kaya indera setia raja dipegang oleh tok panglima garang jusoh bin tukang yasin(bergelar1895-1921),dan jawatan orang kaya maharaja setia raja dipegang oleh haji wan daud bin wan pahang(1863-1889)bagi jawatan orang besar berlapan pula mereka adalah sebagai penolong kepada orang2 besar berempat didaerah pegangan masing2.jawatan orang besar tersebut adalah 1)dato setia amar segara 2)dato setia muda(bakal orang kaya maharaja perba) 3)dato setia wangsa 4)dato setia raja 5)dato setia pahlawan 6)dato setia penggawa 7)dato setia lela 8)dato setia perkasa dan sebelum ini terdapat juga jawatan orang besar berlapan yang tiada diguna pakai setelah almarhum sultan ahmad muazzam shah sultan pahang I menaiki takhta negeri pahang seperti dato dewa pahlawan bangau dan dato hulubalang tanjung belawan.(foto disebelah ialah dato setia pahlawan bahaman(abdul rahman)bin imam noh

gelaran orang besar istana tok penghulu balai pahang


pemegang jawatan yang pertama dari zaman almarhum sultan ahmad muazzam shah adalah tok penghulu balai I enchik lambak (benta) bin tok balai jusoh.zuriat beliau adalah tok penghulu balai IV khalid bin tok penghulu balai III jusoh bin tok penghulu balai II mat bin tok penghulu balai I lambak(benta).diantara zuriat keturunan beliau adalah dato mahmud bin mat(bekas menteri besar pahang I),dato seri muhammad bin jusoh(bekas menteri besar pahang VIII),dato ghazali khalid dan ramai lagi.(foto disebelah ialah orang kaya indera maharaja perba VI wan muhammad bin org kaya indera maharaja perba V ideris)

orang besar istana tok panglima dalam I pahang berasal dari brunei

pemegang gelaran tok panglima dalam yang pertama dari zaman almarhum sultan ahmad muazzam shah adalah tok panglima dalam hitam abdullah.beliau telah berkahwin dengan dayang saemah binti pengiran sura negara pengiran anak badaruddin(suri bagauddin)berketurunan brunei.zuriat beliau ramai dan kebanyakkannya berada dipekan pahang,disini saya sebutkan beberapa org dari zuriat beliau.tok panglima dalam VI mohd taib bin tok panglima dalam V abu bakar bin tok panglima dalam IV mohd taib bin tok panglima dalam III hj muhammad bin tok panglima dalam I hitam abdullah bin pengiran sura negara pengiran anak badaruddin bin pengiran kerma indera pengiran anak bahar bin pengiran anak ismail yg berkahwin dgn pengiran anak siti aishah bt almarhum sultan omar ali saifuddin I(1740-1795)sultan brunei

BENDAHARA ZAMIN ERAN: RAJA AHMAD AL LINGGI: SEJARAH DATO’ LINGGI DAN PEMBUKAAN KAMPONG RELONG.

BENDAHARA ZAMIN ERAN: RAJA AHMAD AL LINGGI: SEJARAH DATO’ LINGGI DAN PEMBUKAAN KAMPONG RELONG.

RAJA AHMAD AL LINGGI: SEJARAH DATO’ LINGGI DAN PEMBUKAAN KAMPONG RELONG.

RAJA AHMAD AL LINGGI: SEJARAH DATO’ LINGGI DAN PEMBUKAAN KAMPONG RELONG.

istana2 lama dibandar diraja pekan pahang

istana puteh adalah kediaman almarhum tengku arif temenggung abdul aziz ibni sultan abdullah al-muktassim billah

istana2 lama dibandar diraja pekan pahang

istana leban tunggal dipekan,pahang kediaman almarhum tengku besar sulaiman ibni
sultan ahmad muazzam shah

Wednesday, April 7, 2010

my family tree

from my father-tunku dato iskandar dzulkarnain bin tunku dato ismail bin tunku putra sulaiman ibni almarhum yamtuan besar tuanku antah ibni almarhum yamtuan besar tuanku radin sunnah nasiruddin ibni yamtuan besar tuanku lenggang laut ali ibni daulat yang dipertuan raja alam pagaruyung sultan abdul jalil johan berdaulat(yamtuan fatah)ibni almarhum daulat yg dipertuan raja alam pagaruyung sultan ahmad shah yamtuan tuanku barandangan ibni almarhum daulat yg dipertuan raja alam pagaruyung sultan saiful aladdin tuanku pasambahan ibni almarhum daulat yang dipertuan raja alam pagaruyung sultan alif I khalifatullah ibni almarhum tuanku raja adat III dibuo ibni maharaja anggavarman(aditsgawarman)putra mahayandra mauli warmadewa udayadityavarman arya damar putra adwayabrahma mahesa anabrang and from my mothers side tengku putri kamariah binti almarhum sultan sir abu bakar riayatuddin almuadzam shah ibni almarhum sultan abdullah al-muktassim billah ibni almarhum sultan ahmad muazzam shah ibni almarhum raja bendahara seri wak raja tun ali ibni almarhum bendahara paduka raja tun koris ibni almarhum bendahara paduka raja tun abdul majid ibni almarhum bendahara seri maharaja tun abbas ibni almarhum sultan abdul jalil IV muazzam shah ibni almarhum dato bendahara padang saujana tun syed habib abdul majid al-aidrus ibni almarhum bendahara seri maharaja diraja tun syed muhammad ali al-aidrus ibni tun dagang syed ali zainal abidin al-aidrus ibni tuan naqib syed abdullah al-aidrus ibni syed sheikh al-aidrus ibni syed abdullah al-aidrus al-akhbar ibni syed sheikh abu bakar al-aidrus ibni syed sheikh abdullah al-aidrus al-saqqaf ibni syed abu bakar al-shukran@sakran ibni syed abdul rahman as-saqqaf ibni syed muhammad mauli ad-dawillah ibni ali ibni muhammad sahib mirbath ibni ali khali' qasam ibni alawi ibni ubaidullah ibni ahmad al-muhajir lillah billah ibniisa ar-rumi ibni muhammad an-naqib ibni ali al-uraidy ibni ja'afar as-siddiq ibni muhammad al-baqar ibni ali zainal abidin ibni al-hussayn RA ibni sayiditina fatima as-zahra RA binti muhammad rasulullah SAW

almarhumtengku abdul rahman ibni sultan abdullah al-muktassim billah

almarhum tengku abdul rahman adalah putra tertua kepada almarhum sultan abdullah,beliau diputrakan pada tahun 1898 daripada bonda yg bernama che endut.beliau telah bersekolah dimaktab melayu kuala kangsar dan mangkat pada tahun 1918

almarhum sultan sir abu bakar riayatuddin almuadzam shah

almarhum sultan abu bakar adalah putra kedua kepada almarhum sultan abdullah yg diputrakan pada 29 may 1904,baginda adalah sultan pahang IV(1932-1974)dari bonda yang bernama tun kelsom bt tun abdullah yg berasal dari keturunan tun2 pulau duyung terengganu .baginda juga telah diasuh oleh seorang pelayan istana yg bernama che aishah yang rakit bt haji daud yg berasal dari lubuk paku
maran.baginda telah bersekolah di sekolah melayu lama pekan lama(ditepi kuala sg parit) dan juga di maktab melayu kuala kangsar.baginda telah berkahwin dengan 1)che halijah-pekan,cerai hidup 2)tengku ampuan besar raja hajjah fatimah bt sultan alang iskandar(perak) 3)che siti zainah bt sheikh ahmad 4)tengku hajjah azam bt tengku setia raja omar 5)che mas(kelantan) 6)che habsah 7)che hatifah 8)che maria bt abdullah.sultan abu bakar mangkat pada tahun 1974

almarhum sultan abdullah al-muktassim billah ibni sultan ahmad muazzam shah

almarhum sultan abdullah al-muktassim billah sultan pahang III(1917-1932) adalah putra keempat kepada almarhum sultan ahmad,baginda di putrakan pada thn 1874 diistana rupa pekan lama dari bonda yang bernama chr saoma bt daing minai wak koro yg berasal dari luit maran berketurunan bugis.baginda berkahwin dgn 1)che endut 2)tun kelsom bt tun abdullah yg berasal dari pulau duyung terengganu
3)che wan chantek bt che wan muhammad amin berasal dari pattani thailand.4)che pah-tiada zuriat,baginda mangkat pada 22 june 1932 di istana kuning pekan lama,pekan

almarhum tengku muda ali ibni sultan ahmad muazzam shah


almarhum tengku muda ali adalah putra ketiga kepada sultan ahmad muazzam shah,dilahirkan pada 1872 dari isteri sultan ahmad yang bernama che saoma binti daing minai wak koro yang berasal dari luit maran berketurunan bugis.beliau berkahwin dgn 1)engku buruk bt engku muda mansor 2)che esah 3)che pit yang ngah 4)che pah 5)che syarifah 6)wan sonit bt wan ismail(jelai) 7)che khatijah.beliau mangkat pada thn 1915-anakanda2 almarhum tg muda ali 1)tengku sapiah 2)tengku halimah 3)tengku kechik zaharah 4)tengku aminah 5)tengku panglima besar haji jaafar 6)tengku osman 7)tengku fatimah 8)tengku khatijah 9)tengku azizah 10)tengku mansur


almarhum sultan mahmud ibni sultan ahmad muazzam shah adalah sultan pahang II dinasti sultan ahmad(1914-1917).baginda lahir pada 4 februari 1868 di istana rupa pekan lama pahang dari isteri sultan ahmad yang bernama che pah yang berasal dari melaka.baginda berkahwin dengan tengku ampuan mariam binti sultan abu bakar johor pada 14 september 1897 di istana besar johore.dari perkahwinan ini baginda tiada meninggalkan zuriat dan baginda mangkat di rest house lama kuala pahang pada tahun 1917.isteri2 lain baginda yang diketahui adalah 1)engku umaiyah bt engku muda mansur-cerai hidup 2)hajjah aminah(tok enche) binti orang kaya indera mahkota haji abdul halim che endut

istana seri terentang bandar diraja pekan pahang


istana seri terentang dibina pada tahun 1908 untuk tengku besar mahmud ibni sultan ahmad muazzam shah hasil dari pembayaran oleh kerajaan selangor berjumlah $21,187 kerana pertolongan sewaktu perang kelang 1872

putra2 dan putri2 sultan ahmad muazzam shah

1)tengku long binti sultan ahmad 2)tengku muda besar ibni sultan ahmad(mangkat muda) 3)tengku selamah binti sultan ahmad(mangkat muda) 4)sultan mahmud ibni sultan ahmad(sultan pahang II) 5)tengku dalam binti sultan ahmad 6)tengku muda ali ibni sultan ahmad 7)sultan abdullah al muktassim billah ibni sultan ahmad(sultan pahang III) 8)tengku nong binti sultan ahmad 9)tengku besar sulaiman ibni sultan ahmad 10)tengku panglima perang yusof ibni sultan ahmad 11)tengku hajjah kelsom binti sultan ahmad 12)tengku setia raja omar ibni sultan ahmad 13)tengku ampuan hajjah mariam binti sultan ahmad trg 14)tengku panglima perang muhammad ibni sultan ahmad
nama nama isteri almarhum sultan ahmad muazzam shah sultan pahang (1836-1914) 1)encik besar yang atur bt abdullah(anak lim ah sam kapitan china pulau belitung towkay mining sg lembing 2)che maimunah 3)che pah(melaka) 4)che saoma bt daing minai(wak koro)(luit) 5)che amah bt jamut(jambu rias) 6)tengku ampuan besar tun besar fatimah bt tun muhammad "tanjung" 7)che zabedah bt abdullah(tan lai kim)(singapura) 8)che wan mandak kiri 9)tg besar kalsum bt almarhum sultan muhammad muazzam shah(lingga) 10)che mah(pekan seberang jauh) 11)che fatimah bt talib(lanchang) 12)che fatimah "selat"(singapura).bonda almarhum sultan ahmad ialah che long lingga binti tok kota berasal dari luit,maran.
nama nama keris kepunyaan kerabat diraja pahang dari zaman almarhum sultan ahmad muazzam shah(1836-1914) 1)rimau jantan 2)penyalang 3)candan 4)candan laut 5)tombak kuping 6)lindung bulan 7)beruk berayun 8)tedung 9)tok komang isi 10)canang laut 11)lalat hijau 12)tok bidan 13)mabuk laut 14)kilat senja 15)keraton 16)tok bali 17)pedang jalak lenting
zamin eran adalah nama kuno bagi negeri pahang darul makmur sebelum inderapura