pepatah bugis

"narekko sompe'ko,aja' muahcaji ana'guru,ancaji punggawako"-kalau kamu pergi merantau janganlah menjadi anak buah,tapi berjuanglah menjadi pemimpinnya"

pepatah minangkabau

dari mano titiak pelito,dari tangluang nan berapi,dari mano asa niniak kito,dari puncak gunung merapi

almarhum sultan ahmad muazzam shah

almarhum sultan ahmad muazzam shah

cogan kesultanan pahang

cogan kesultanan pahang
cogan diraja kesultanan pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

pekan pahang

pekan pahang
pemandangan bandar pekan lama pahang

Wednesday, November 24, 2010

hubungan che wan puteh pahang dgn raja asal mandahiling


sebelum peperangan bendahara pada 1857-1863 raja asal bin raja ter'ala kadi sakti telah berhijrah ke raub,pahang dalam tahun 1840 dengan tujuan untuk berniaga dan tak berapa lama ia telah menjadi rakan perniagaan dengan raja bendahara sri maharaja tun mutahir ibni bendahara tun ali pahang.hubungan mereka akrab sehinggakan adinda bendahara tun mutahir iaitu che wan puteh dikahwinkan dgn raja asal.apabila bermulanya peperangan bendahara pada tahun 1857 raja asal dan kesemua raja2 dan pahlawan mandahiling telah bersekutu dgn pihak bendahara tun mutahir sehingga perang tamat.selepas tamat peperangan pihak bendahara tun mutahir telah keluar dari pahang bersama-sama pihak mandahiling,kemudian itu ketua2 mandahiling berhijrah pula ke selangor dan kuala lumpur.che wan puteh serta suaminya raja asal seorang namora(bangsawan)mandahiling telah menetap di hulu klang,kuala lumpur.sewaktu dikuala lumpur raja asal telah menjemput anak saudaranya raja bilah yang pada waktu itu masih berada dimaga mandahiling untuk bersamanya dihulu klang.tidak berapa lama kemudian dengan persetujuan namora2 mandahiling mereka sekata untuk berhijrah ke perak,maka raja asal bersama pengikutnya telah merantau dari kuala lumpur melalui gombak dan akhirnya ke langkuas,temoh berhampiran batang padang.disitu mereka telah melombong bijih timah tetapi kecewa kerana hasilnya tidak seberapa kemudian raja asal serta pengikutnya berpindah ke slim river sehingga ia ditawarkan oleh frank swettenham timbalan commissioner perak untuk melombong dipapan pada tahun 1877.disitu lah penempatan terakhir raja asal sebelum beliau kembali kerahmatullah pada penghujung tahun 1877.setelah beliau meninggal dunia tempat beliau telah digantikan oleh raja bilah anak saudaranya.che wan puteh kemudian selepas itu telah berkahwin pula dengan seorang saudara raja asal bernama raja mahmud bin sutan magah II yang pada masa tersebut bermaustatin disengat,klian intan berhampiran dengan ipoh.dari perkahwinan ini telah melahirkan zuriat-zuriat diantaranya raja addruse dan raja mainah.raja mahmud meninggal pada tahun 1928 dan telah disemadikan didalam kawasan makam raja bilah di changkat piatu,papan sementara makam che wan puteh dipercayai dikebumikan dipusing berhampiran dengan sengat(buku diatas adalah bingkisan sejarah orang rao dan minangkabau dipahang terutamanya diraub-diterbitkan oleh anjung media resources dan ditulis oleh teman saya saudara zaffuan haji manap)

Tuesday, November 9, 2010

sultan johor terakhir dari dinasti parameswara melaka

sultan muzaffar shah II ibni sultan alauddin riayat shah II ibni sultan mahmud shah melaka menpunyai zuriat dengan isterinya tun terang binti dato sri nara diraja tun ali pahang iaitu sultan abdul jalil riayat shah I baginda adalah sultan johor yang terakhir dari keturunan kesultanan melaka dinasti parameswara.selepas baginda ia telah digantikan oleh bapa tiri dan juga pemangku raja johor sultan ali jalla abdul jalil shah ibni raja ahmad terengganu.sultan ali jalla abd jalil adalah berketurunan raja terengganu dari keturunan sultan2 nenggiri kelantan yang juga merupakan dari keturunan raja2 chermin dan langkasuka.inilah salasilah keturunan tersebut sultan ali jalla abd jalil@raja omar ibni sultan ahmad shah kelantan ibni raja mansur ibni sultan gombak kelantan ibni sultan mansur shah kelantan-majapahit ibni sultan iskandar shah kelantan-majapahit ibni sultan baki shah@maharaja kumara nenggiri-chermin dan langkasuka ibni sultan mahmud jiddah langkasuka-kelantan putra kepada maharaja sri sang tawal langkasuka-jawaka putra kepada maharaja sri sakranta-jawaka putra kepada maharaja tilam malayur 1253ad putra kepada maharaja suran jawaka 1233-1253ad putra kepada maharaja srimant trailokyaraja mauli bhushana varma deva-sambugita dan imbang jaya 1233ad

imam perang khatib bahrain bin tok kaut

khatib bahrain bin tok kaut merupakan sekutu kuat kepada pihak bendahara tun mutahir sewaktu perang bendahara pahang pada tahun 1857-1863,beliau berasal dari tembeling dan sekampung dengan penghulu raja tembeling.sewaktu perang bendahara beliau pernah dipasung atau di tangkap oleh pihak tun ahmad sewaktu tembeling diserang oleh che lambak dan wan buang(panglima tun ahmad).beliau adalah diantara beberapa imam perang bagi pihak bendahara tun mutahir seperti imam perang mat akil dan syed deraman yang berjuang sehingga tamatnya peperangan bendahara.pada tahun 1865 iaitu 2 tahun selapas tamatnya perang bendahara tun aman,tun da dan tun abdullah anakanda bendahara tun mutahir cuba menyerang semula dengan panglima2nya syed deraman,imam perang mat akil,tuan kechut,imam perang mat aris,encuk embok,panglima tujuh lapis dan khatib bahrain bersama orang2 rawa-mandehiling melalui ulu raub tetapi dapat dikalahkan panglima2 bendahara sri wak raja tun ahmad.khatin bahrain beristerikan che kenit dan adik perempuannya berkahwin untuk kali kedua dgn imam perang indra gajah rasu abd salam bin shahrum dan melahirkan mat kilau.khatib bahrain mempunyai 2 orang anak satu lelaki dan seorang lagi perempuan iaitu abbas bin khatib bahrain dan naubah binti khatib bahrain,abbas meninggal muda dan tiada mempunyai zuriat sementara naubah berkahwin dgn mufti pahang haji utsman bin haji senik dan mempunyai 4 orang zuriat iaitu 1)long hamidah 2)cikgu abdul rahman 3)besar halimah dan 4)khatijah cikgu abdul rahman berkahwin dgn aishah binti pahang dan melahirkan1) ibrahim bin abdul rahman 2)burhanuddin@zainal abidin 3)khuzaimah@zainab 4)jaafar@abdul jabbar 5)abdul kadir@nordin 6)mohd azhar 7)hasib@abd jalil 8)zainun 9)zainiah 10)azahan 11)fasihah