pepatah bugis

"narekko sompe'ko,aja' muahcaji ana'guru,ancaji punggawako"-kalau kamu pergi merantau janganlah menjadi anak buah,tapi berjuanglah menjadi pemimpinnya"

pepatah minangkabau

dari mano titiak pelito,dari tangluang nan berapi,dari mano asa niniak kito,dari puncak gunung merapi

almarhum sultan ahmad muazzam shah

almarhum sultan ahmad muazzam shah

cogan kesultanan pahang

cogan kesultanan pahang
cogan diraja kesultanan pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

pekan pahang

pekan pahang
pemandangan bandar pekan lama pahang

Monday, January 12, 2015

zuriat tun mutalib?

keturunan tun mutalib ibni bendahara paduka raja tun abdul majid?sebelum ini saya pernah bertemu keturunan yang mengaku dari susur galur tun sulaiman anakanda tun mutalib tetapi ceritanya masih samar2 hanya kupasan kecil yang diperolehi..baru2 ini ada juga waris dari keturunan yg sama yang bernama azlee shah menonjolkan diri dan memberi sedikit salasilah yang beliau tahu yang diperolehi dari nenda beliau habibah binti awang bin tun yaakub malikul alam bin tun abdul mutalib ibni bendahara paduka raja tun abdul majid bendahara pahang dan kali ini bersertakan foto2 keturunan mereka seperti foto diatas(awang bin tun yaakub malikul alam sebelah kiri bersama tun sulaiman bin tun abdul mutalib)mengikut dari foto ini mereka semua hidup diabad ke20 maka tun sulaiman di foto ini sah bukan dari keturunan tun sulaiman yg ada di pekan yang telah menukar nama mereka kepada nama samaran mereka seperti kedu,kemut,kenit dan kelat...dan tidak berapa hari yang lepas saya bertemu lagi keturunan dari keturunan tun abdul mutalib melalui seorang yang bernama kamarul bahrin yang tampil dgn salasilah lengkap keturunan mereka,dari beliau sehingga tun abdul mutalib hanya 5 generasi,itu yang jadi persoalan walaupun ianya tidak mustahil sedangkan keturunan sultan pahang sekarang sehingga kepada tun koris adinda tun mutalib sudah 7 generasi ?betul,ia tidak mustahil tetapi satu perkara lain yang saya persoalkan ialah hubungan che wan cantik bt che wan mohd amin yg di kaitkan dgn keturunan mereka pada hal kesemua keluarga che wan cantik isteri almarhum sultan abdullah mengaku che wan mohd amin berasal dari patani dan berbinkan wan endut maka itu menunjukkan ada kelemahan dari salasilah ini walaupun saya tidak menolaknya sebagai berkemungkinan keturunan tun abd mutalib walau bagaimana pun tapi masih tidak cukup lagi info2 untuk menguatkan cerita ini.adakah mereka ini berketurunan tun mutahir melalui engku muda koris yang hilang?dari rekod2 inggeris ada menyebut yang engku muda tun koris mempunyai beberapa orang anak antaranya tun abdul majid yang telah berumur 12 tahun sewaktu berakhirnya perang bendahara pahang 1863.beberapa tahun yg lepas saya bertemu suatu keluarga dari kuantan ibunya cikgu salwana dan pernah mengajar di st thomas kuantan dan suaminya seorang doktor yang mempunyai klinik berhadapan sekolah st thomas juga mengaku keturunan tun koris,melalui anaknya ahmad izudin saya diberitahu nenek beliau di ketapang tengah bernama aminah binti tun hassan adalah berketurunan tunkoris tetapi tiba2 ahmad izuddin berdiam diri mungkin disenyapkan ibunya cikgu salwana kerana takut ceritanya meletup..he he..cetek sunggu orang zaman ini..kita bercerita supaya sejarah dapat diperbetulkan,lawan dijadikan kawan,saudara yg hilang di temukan sepaya dapat  disatukan semua umat melayu islam beraja supaya menjadi bangsa yang agung yang punya sejarah,yang punya identiti dan keturunan ah lul bait yang dipusakai untuk memimpin akhir zaman..wallahu alam bissawab...

Tuesday, January 6, 2015

jurai keturunan yang hilang

antaranya adalah keturunan bendahara tun mutahir pahang dan tun abdul mutalib yang telah dibunuh oleh ayahanda saudaranya tun abdul jamal temenggung,boleh dikatakan terlalu ramai yang tahu tapi merahsiakan cerita dan sejarahnya seolah-olah mereka telah bersumpah rahsia,dan ini menyulitkan lagi usaha-usaha pengkaji sejarah untuk mendapatkan cerita sebenar