pepatah bugis

"narekko sompe'ko,aja' muahcaji ana'guru,ancaji punggawako"-kalau kamu pergi merantau janganlah menjadi anak buah,tapi berjuanglah menjadi pemimpinnya"

pepatah minangkabau

dari mano titiak pelito,dari tangluang nan berapi,dari mano asa niniak kito,dari puncak gunung merapi

almarhum sultan ahmad muazzam shah

almarhum sultan ahmad muazzam shah

cogan kesultanan pahang

cogan kesultanan pahang
cogan diraja kesultanan pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

pekan pahang

pekan pahang
pemandangan bandar pekan lama pahang

Saturday, July 31, 2010

mengimbas kenangan lalu




sewaktu saya masih kecil pada umur lebih kurang 6 atau 7 tahun dlm tahun 1973 sewaktu negeri pahang dipayungi oleh almarhum sultan sir abu bakar saya sempat melihat bagaimana rakyat negeri pahang dari hulu dan hilir berpusu-pusu beratur untuk mengadap almarhum baginda di istana,mereka yang datang sanggup berperahu datang ke pekan mudik melalui jalan sungai pahang ada yang datang membawa hajat,membawa buah-buahan dan barang makanan untuk dipersembahkan kepada raja yang mereka sayangi.dizaman itu saya lihat orang2 melayu apabila mengadap baginda akan bersila diatas tanah sebelum mengangkat sembah kepada baginda dan adat ini sudah tiada lagi dilihat dimana2..dan apabila baginda memandu kereta setiap manusia yang berada ditepi jalan atau di tengah jalan akan berhenti sehingga almarhum tuanku berlalu pergi..pada zaman itu almarhum tidak menggunakan police escort atau utk dan ada juga antara istana baginda yg tiada police di"guardhouse" dan pintu pagar sentiasa terbuka.pernah baginda ditanya mengapa tiada guard atau police mengiring atau menjaga istana baginda? maka jawapan baginda ialah"kawan raja takkan ada sesiapa nak mengancam kawan"begitulah yakin baginda menjawap kerana baginda tahu sebagai raja yang di sayangi dan sentiasa mengambil berat akan rakyatnya tak mungkin rakyatnya tergamak melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap baginda.almarhum sewaktu membuat rondaan dipekan akan diiringi oleh seorang "valet boy"(pelayan) dan seorang bodyguard yang akan memegang keris almarhum baginda.almarhum akan berpakaian berbaju kumbang(baju melayu teluk belanga) dan berkain palikat apabila baginda memandu atau membuat rondaan di pekan.al-fatihah almarhum nendaku..

Wednesday, July 14, 2010

penemuan semula keluarga setelah hampir 150 tahun



setelah hampir seratus lima puluh tahun keluarga ini terputus hubungan tetapi dgn izin allah swt maka bertemulah semula keluarga yg terputus ini.sebelum ini iaitu dlm tahun 2005 saya telah bertemu dgn keluarga@kerabat bendahara pahang iaitu puan suzana m othman penulis yang juga bersusur galur dari keturunan tun abdul rahman ibni bendahara seri maharaja tun mutahir dan kini pada hari jadi saya yg ke 44 saya bertemu semula dgn saudara razali awang yang berketurunan dari tun nit@tun saripah binti bendahara seri maharaja tun mutahir.mengimbas kembali perang saudara dlm thn 1857 diantara abang dan adik yg telah mengakibatkan perpecahan persaudaraan,peristiwa ini biar dijadikan ikhtibar supaya dapat kita mengelak dari bergaduh sesama sendiri yang merugikan kita.saya berharap dgn pertemuan seperti ini ramai lagi diantara mereka yg masih berselindung demi maruah atau malu supaya dapat menonjolkan diri semoga sejarah yang terselindung ini dapat diketahui anak cucu kita demi kebaikan mereka.wallahualam.

Monday, July 5, 2010

keluarga al-attas sebagai wazir menteri dipahang

mengikut kepada surat raja bendahara ali pahang dlm tahun 1850an ada beberapa kaum arab-melayu yang berperanan sebagai penasihat atau menteri kepada raja bendahara tun ali ibni tun koris di antaranya 1)syed omar bin abdul rahman bin sheikh al attas 2)syed omar bin ahmad al-attas 3)syed zain bin syed muhammad al attas dan syed ali al-attas, mengikut kepada buku "orang syed dipahang" yang ditulis oleh dr mahayuddin yahya dbp 1984 kebanyakkan keluarga syed sudah menetap dikampung pulau maulana@pulau jawa@kota lama@tiang bendera dipekan pahang mungkin seawal abad ke 19.mereka juga telah berkahwin dgm wanita tempatan dan juga golongan diraja pahang seperti syed omar bin syed abd rahman bin syed sheikh al-attas yg telah berkahwin dgn tun long binti bendahara tun ali.beliau juga telah dilantik sebagai wazir dan terlibat dlm perang saudara pada tahun 1857-1863.sewaktu pihak bendahara tun mutahir kalah dalam perang tersebut beliau telah melarikan diri ke kampung pahang diteluk belanga,singapura dan telah kembali ke pekan beberapa tahun kemudian.beliau meninggal dunia dalam awal tahun 1870an.setakat ini hanya tuan embong dan tuan ngah@tuan upah sahaja diantara keturunan beliauyang dapat dikesan.kemudian lahirlah seorang lagi keturunan al attas dipahang iaitu dato habib hassan yang terkenal sebagai pengasas madrasah2 al-attas dipahang dan johor.

Saturday, July 3, 2010

datuk sharifah aini keturunan raja bendahara seri maharaja pahang tun mutahir.

















datuk sharifah aini binti syed jaafar al-jufri adalah putri kepada syed jaafar(foto diatas) bin syed sahil al-jufri.isteri kepada syed sahil ialah che engku maryam binti leftenan jmf che wan tahir bin tun abdul rahman ibni raja bendahara tun mutahir pahang.tun mutahir adalah kekanda kepada almarhum sultan ahmad muazzam shah I pahang yang telah berjaya menawan negeri pahang sewaktu perang saudara atau perang bendahara pada tahun 1857-1863.kebanyakkan kerabat terdekat kepada tun mutahir telah lari dan keluar dari negeri pahang selepas peperangan tersebut.tetapi tidak lama kemudian ramai juga yang kembali pulang ke pahang.kebanyakkan yang lari kejohor dan teluk belanga telah bermaustatin terus dinegeri2 tersebut diantaranya keluarga tun abdul rahman ibni tun mutahir,tun abdullah ibni tun mutahir dan tun da ali ibni tun mutahir.mengikut pada cerita org tua2 makam tun mutahir dan putra sulongnya tun koris@che wan long@che engku tanjong telah dimakamkan dibukit tanjung putri atau dikenali sekarang sebagai bukit timbalan.mereka yang lari telah menbuka kampung pahang di kampung baharu road singapore(hampir dgn telok belanga singapura)sekarang dikenali sebagai bukit purmei road dan juga kampung pahang dijalan trus,johor bharu berhampiran dengan plaza kota raya jb.ada juga diantara mereka yang membuka kampung disungai rengit teluk ramunia(bandar penggaram,johor).masih ramai keturunan keluarga2 ini yang masih bertutur dlm bahasa melayu pekan terutamanya yang ada di sungai rengit.nenda kepada datuk sharifah aini iaitu che wan maryam mempunyai beberapa org adik beradik termasuk che wan chik iaitu bonda kepada arwah pelakun m.osman yakni nenda kepada pengarah filem aziz m.osman,zulkifly m.osman dan penulis suzana m.osman.

dato setia jaya haji abu bakar el-halimi





allahyarham dato setia jaya haji abu bakar (foto dikiri)bin dato imam perang indera mahkota haji abdul halim@endut (gambar diatas)bin jaafar.beliau adalah orang besar istana dan merupakan putra kepada imam perang indera mahkota haji abdul halim iaitu jeneral perang kepada almarhum sultan ahmad muazzam shah I dan kerajaan negeri pahang waktu itu.haji abdul halim terlibat dalam peperangan bendahara 1857-1863 dan perang kelang 1872.dato setia jaya juga adalah bekas setiausaha sulit kepada almarhum sultan sir abu bakar pahang,beliau meninggal dunia pada 28 januari 1954.


almarhum sultan mahmud ibni sultan ahmad muazzam shah bersama isteri tengku ampuan besar tunku mariam binti sultan abu bakar johor.baginda berdua telah berkahwin di istana besar johor pada tahun 1896 dan tiada dikurniakan zuriat.sultan mahmud mangkat di rest house kuala pahang pada 1917.tengku ampuan mariam telah pulang ke johor selepas kemangkatan suaminya dan bersemayam di istana mustika embun(bekas rumah dato abdul rahman andak)johor baharu sampai akhir hayat baginda dlm tahun 1950an.

almarhum sultan sir abu bakar bersama paduka adinda-adinda

duduk-kiri ke kanan 1)yam tengku arif bendahara I mahmud 2)dymm sultan sir
abu bakar riayatuddin almuadzam shah 3)yam tengku arif temenggung I abdul aziz berdiri-kiri ke kanan 1)yam tengku panglima besar abdul khalid 2)yam tengku arif temenggung II ahmad 3)yam tengku abdul ghani 4)yam tengku haji hussain 5)yam tengku haji abdul hamid ada seorang lagi adinda yang tiada disini iaitu yam tengku ismail al haj.

ajk persatuan sejarah malaysia cawangan pahang 1991


berdiri-dari kiri 1)tunku dato iskandar dzulkarnain 2)tuan haji azhar bin mohd ali 3)encik abdullah bin haji mohd yunus 4)tuan haji zainuddin bin jumaat 5)encik abdul razak bin mohamad 6)tuan haji abdullah bin haji hassan 7)tuan haji mohd kenali bin haji abu taib .duduk-1)ym tan sri general ungku nazaruddin bin ungku muda muhammad 2)ym dato setia pahlawan tengku haji korish bin tengku panglima besar haji jaafar 3)ydh orang kaya indera pahlawan dato sri haji che wan abdul wahid bin engku haji hassan 4)dato kapten mohd ali bin mohamed

menerima darjah indera mahkota pahang 2007


setelah diperkenan paduka ayahanda kdymm sultan haji ahmad shah al-mustain billah ibni almarhum sultan sir abu bakar riayatuddin almuadzam shah saya telah di anugerahi dengan darjah indera mahkota pahang pada 19 july 2007 dengan gelaran dato'.

kampung sungai duri,penyor pekan,pahang

kampung sungai duri ini adalah sebuah kampung tua dalam mukim penyor daerah pekan.disitu ada sebuah anak sungai dan dikuala sungainya ada seperdu buluh aur duri yang rimbun yang dijadikan orang yang berperahu melalui sungai berteduh.disebabkan pokok aur duri yang rimbun dikuala sungai maka ia diberi nama sungai air duri.pada zaman dahulu tok mokmin berketurunan acheh dan orang2nya telah singgah disitu dan dia melihat kawasan itu sesuai dijadikan sebuah kampung maka tok mokmin kembali kesitu bersama sama dgn anak buah dan orang2nya lalu membuka sebuah kampung yg diberi nama sungai aur duri.lama kelamaan ia dipanggil kampung sungai duri,didalam usaha untuk menambah keluasan paya tok mokmin serta orang2nya telah menohorkan sebuah paya yang dalam airnya dgn menggali sebuah parit setelah selesai tok mokmin telah mengadakan satu kenduri besar dgn menyembelih seekor kerbau.semasa keramaian tersebut dgn kehendak allah turunlah hujan yang amat lebat diiringi ribut petir dan masa itu isteri tok mokmin yang sedang hamil telah dipanah petir,isteri beliau meninggal dunia dan amat mendukacitakan tok mokmin.tidak lama selepas kejadian tersebut tok mokmin telah meninggalkan kampung itu lalu orang2 beliau yang masih tinggal disitu menamakan parit itu sebagai parit tok mokmin.kampung sungai duri bukan hanya sebuah kampung tua tetapi banyak peristiwa bersejarah yang berlaku disini antaranya perang tok bahaman 1891-1895.

Friday, July 2, 2010

kampung marhum,pekan pahang


lebih kurang 2 batu mudik dari kuala pahang ada sebuah kampung yang dikenali sebagai kampung marhum,mengikut ceritanya iaitu sebelum kampung ini mendapat nama kampung marhum disana ada beberapa kampung seperti tanjung berunai,teluk kandang,pasir mas urai dan dihilir tanjung tahi.mengikut buku "history of pahang"karangan dr w.linehan may 1936,almarhum sultan abdul jalil IV riayat shah ibni bendahara tun habib abdul majid yang berada di pahang setelah menaiki takhta apabila mangkatnya sultan mahmud II( mangkat dijulang) telah mangkat dibunuh laksmana cik sekam dengan arahan raja kecil siak sewaktu selesai mengerjakan sembahyang subuh didalam perahu baginda berhampiran dgn kuala sungai miang pekan sewaktu belayar balik ke johor dlm tahun 1720.baginda telah dikebumikan di tanjung brunai atau teluk kandang.disebabkan almarhum sultan abdul jalil dikebumikan ditanjung brunai maka kesemua tempat disitu seperti tanjung brunai,teluk kandang,pasir mas urai dantanjung tahi dipanggil dgn satu nama iaitu kampung marhum.sebab itu pada masa sekarang tidak ramai yang mengetahui nama2 tempat yang disebut diatas.kampung marhum terkenal kerana disebuah kawasan lapang diantara kuala pahang disebelah hilir dan tanjung tahi disebelah hulu dikebumikan raja2 bendahara dan sultan2 semenjak bendahara tun koris ibni tun abdul majid memerintah dlm tahum 1806.sultan yang terakhir dikebumikan disini ialah almarhum almuktassim billah as-sultan abdullah ibni sultan ahmad muazzam shah pada 22 jun 1932.berhampiran makam diraja ini ada sebuah pengkalan yang dikenali pengkalan makam.akan tetapi disebabkan hakisan sungai maka makam almarhum sultan abdul jalil IV riayat shah telah di pindahkan ke kawasan makam diraja oleh pihak muzium sultan abu bakar pada malam 30 may 1980,kedua-dua nisan telah jatuh kedalam sungai termasuk nisan kaki yang didirikan diatas sebuah busut berhampiran makam sultan mahmud muzaffar shah riau-lingga yang mangkat pada tahun 1864.dgn usaha ini kesemua makam2 ini telah berada disatu kawasan bersama-sama dgn makam pemerintah2 negeri pahang,kerabat diraja dan golongan bangsawan.makam2 yang dapat dikenali dimakamkan disini ialah makam almarhum bendahara tun koris ibni tun abdul majid,engku bendahara tun abdul rahman bin tun muhammad"tanjung",raja bendahara tun ali ibni tun koris,sultan ahmad muazzam shah,sultan mahmud,sultan abdullah almuktassim billah,tengku muda ali ibni sultan ahmad muazzam shah,tengku panglima perang jusoh dan lain2.pada masa ini makam ini tiada lagi digunakan sebagai makam diraja ia telah diganti dgn makam diraja masjid sultan abdullah di pekan lama.kerabat pertama yang dimakamkan disini ialah tengku panglima perang muhammad ibni sultan ahmad muazzam shah dan kemudiannya dimakamkan juga disini almarhum sultan sir abu bakar riayatuddin al muadzam shah ibni sultan abdullah pada 7 may 1974.

Thursday, July 1, 2010

mencari sejarah tun saripah bt engku besar tanjung





haji ismail bin nyak salleh bersama isteri che hajjah nik putri kepada tun saripah dan ismail.tun saripah adalah putri kepada engku besar"tanjung".adakah beliau engku besar tanjung org yg sama dgn bendahara muda@engku besar tun koris ibni tun mutahir?kerana beliau juga dikenali sebagai engku tanjung.orang dahulu mempunyai banyak nama cembungan,tun koris juga dikenali sebagai che wan long.inilah persoalannya yang saya akan siasat,mengikut kepada surat sultan abu bakar johor kepada governor-general di singapore yang saya perolehi daripada suzana m.osman,tertulis didalam surat itu yang ditulis dlm tahun 1863 bahawasanya sultan johor ketika itu meminta pihak inggeris untuk menjadikan tun wan ahmad sebagai "regent of pahang"yakni sebagai pemangku raja sementara menantikan tun abdul majid iaitu anakanda tun koris besar remaja kerana masih berumur 10tahun waktu itu.juga didalam surat tersebut ia mengatakan yang tun abd majid mempunyai 3 orang adinda seorang lelaki dan 2 orang perempuan yang masih kecil.dimanakah keluarga ini?ada pendapat mengatakan mereka dijaga oleh almarhum sultan abu bakar johor dibawah asuhan menteri besar johor dato jaafar bin mohamed,dan ada juga yang mengatakan mereka selepas perang bendahara telah pulang ke pahang dan menetap dipulau manis,sg lembing dll.baru2 ini saya membaca blog"sang rajuna tapa"yang ditulis oleh saudara razali awang abdullah yang juga seorang pemberita untuk tv3 yang mengatakan yang onengnya(great grandma) berasal dari pekan pahang dan mungkin ada kaitan dgn tun mutahir.nama beliau ialah tun saripah binti engku besar tanjung.selepas membuat kajian ada 4 orang kerabat dipahang yang dikenali dgn nama cembungan engku tanjung iaitu 1)bendahara muda tun koris ibni tun mutahir 2)tun muhammad ibni tun ali 3)che wan talib tembeling dan 4) engku besar tanjung bin bendahara tun abdul rahman bin tun muhammad"tanjung".tetapi pada firasat saya tun saripah ini yang telah berkahwin dgn seorang yang bernama ismail yang juga menetap dikuala terengganu adalah anakanda kepada tun koris kerana faktor usia dan nama engku besar.pada zaman itu putra mahkota kepada raja bendahara pahang dikenali sebagai engku muda/bendahara muda atau engku besar dan untuk mengelak dari dikenali orang ramai maka nama sebenar dirahsiakan tetapi nama cembungan digunakan.bersama dgn cicit tun saripah iaitu razali awang abdullah saya akan terus menyiasat supaya teka teki ini dapat dijawab untuk menyempurnakan salasilah keluarga waris kerabat diraja pahang.kepada sesiapa yang tahu silalah menyumbang maklumat.