pepatah bugis

"narekko sompe'ko,aja' muahcaji ana'guru,ancaji punggawako"-kalau kamu pergi merantau janganlah menjadi anak buah,tapi berjuanglah menjadi pemimpinnya"

pepatah minangkabau

dari mano titiak pelito,dari tangluang nan berapi,dari mano asa niniak kito,dari puncak gunung merapi

almarhum sultan ahmad muazzam shah

almarhum sultan ahmad muazzam shah

cogan kesultanan pahang

cogan kesultanan pahang
cogan diraja kesultanan pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

pekan pahang

pekan pahang
pemandangan bandar pekan lama pahang

Tuesday, November 9, 2010

imam perang khatib bahrain bin tok kaut

khatib bahrain bin tok kaut merupakan sekutu kuat kepada pihak bendahara tun mutahir sewaktu perang bendahara pahang pada tahun 1857-1863,beliau berasal dari tembeling dan sekampung dengan penghulu raja tembeling.sewaktu perang bendahara beliau pernah dipasung atau di tangkap oleh pihak tun ahmad sewaktu tembeling diserang oleh che lambak dan wan buang(panglima tun ahmad).beliau adalah diantara beberapa imam perang bagi pihak bendahara tun mutahir seperti imam perang mat akil dan syed deraman yang berjuang sehingga tamatnya peperangan bendahara.pada tahun 1865 iaitu 2 tahun selapas tamatnya perang bendahara tun aman,tun da dan tun abdullah anakanda bendahara tun mutahir cuba menyerang semula dengan panglima2nya syed deraman,imam perang mat akil,tuan kechut,imam perang mat aris,encuk embok,panglima tujuh lapis dan khatib bahrain bersama orang2 rawa-mandehiling melalui ulu raub tetapi dapat dikalahkan panglima2 bendahara sri wak raja tun ahmad.khatin bahrain beristerikan che kenit dan adik perempuannya berkahwin untuk kali kedua dgn imam perang indra gajah rasu abd salam bin shahrum dan melahirkan mat kilau.khatib bahrain mempunyai 2 orang anak satu lelaki dan seorang lagi perempuan iaitu abbas bin khatib bahrain dan naubah binti khatib bahrain,abbas meninggal muda dan tiada mempunyai zuriat sementara naubah berkahwin dgn mufti pahang haji utsman bin haji senik dan mempunyai 4 orang zuriat iaitu 1)long hamidah 2)cikgu abdul rahman 3)besar halimah dan 4)khatijah cikgu abdul rahman berkahwin dgn aishah binti pahang dan melahirkan1) ibrahim bin abdul rahman 2)burhanuddin@zainal abidin 3)khuzaimah@zainab 4)jaafar@abdul jabbar 5)abdul kadir@nordin 6)mohd azhar 7)hasib@abd jalil 8)zainun 9)zainiah 10)azahan 11)fasihah

No comments:

Post a Comment