pepatah bugis

"narekko sompe'ko,aja' muahcaji ana'guru,ancaji punggawako"-kalau kamu pergi merantau janganlah menjadi anak buah,tapi berjuanglah menjadi pemimpinnya"

pepatah minangkabau

dari mano titiak pelito,dari tangluang nan berapi,dari mano asa niniak kito,dari puncak gunung merapi

almarhum sultan ahmad muazzam shah

almarhum sultan ahmad muazzam shah

cogan kesultanan pahang

cogan kesultanan pahang
cogan diraja kesultanan pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

pekan pahang

pekan pahang
pemandangan bandar pekan lama pahang

Saturday, April 17, 2010

keturunan bugis dipahang


di negeri pahang amnya kebanyakkan penduduknya adalah berketurunan melayu johor,bugis,minangkabau,arab dan rawa mandahiling.ramai diantara mereka telah berkahwin bercampur campur bugis x minang,arab x bugis dll.antara tempat yang mempunyai ramai penduduk berketurunan bugis adalah di endau-mersing(dahulu sempadan pahang-johor ialah dikuala sedili),luit-chenor,pekan dan temerloh.antara maklumat terawal penempatan bugis dipahang adalah maklumat mengenai bonda bendahara tun koris ibni bendahara tun abd majid yang berketurunan bugis dari endau dan saya rasa ada hubungan dgn keturunan bekas penghulu pianggu,rompin iaitu jenang login.ini salasilah keturunanya,haji masood bin haji sulaiman(abang beliau dato haji bidin) bin jenang login bin jenang rion bin said bin daeng kalok bin panglima daeng bujang.panglima daeng bujang mempunyai dua adik beradik iaitu panglima hitam dan panglima lontarak.manakala di luit dan chenor terdapat ramai keturunan bugis diantaranya isteri almarhum sultan ahmad muazzam shah iaitu cik saoma bt daeng minai(wok koro)manakala dipekan adalah keturunan karaeng agang jene@mohd nasiruddin@karaeng aji@tok tuan yang berhijrah kepahang tahun 1722 kerana merajuk tidak dipilih menjadi raja luwuk ke 20,darinya adalah keturunan dari sebelah perempuan moyang tun abdul razak bekas pm malaysia.manakala dikalangan kerabat diraja pula adalah keturunan isteri engku muda mansur iaitu che wok bt haji abdul ghani bin abdul karim bin daeng abd latiif(keturunan bugis dari linggi-selangor-singapura).wallahu'alam(gambar diatas ialah balai lompoa,luwuk)

13 comments:

  1. Salam. Saya adlah salah seorang cucu cicit Jenang Rion 22 persaudaraan. Cucu kepada Cikgu Musa bin Abdul Rahman yang lahir di Endau tahun 1900. Sulaiman bin Login adalah moyang saudara saya. Saya sedang membuat kajian tentang salasilah keluarga, dan harap Tuan boleh membantu saya sedikit sebanyak dalam usaha saya ini. Saya boleh dihubungi di mutalib.saifuddin@gmail.com
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam,tidak banyak yang saya ketahui kerana ia juga masih dlm penyelidikan saya.ini kerana keluarga ini yang asalnya dahulu bernaung dibawah kesultanan pahang telah bertukar kepada kesultanan johor akibat dipisahkan pihak british.dahulu sempadan pahang-johor adalah di kuala sedili besar.wassalam

    ReplyDelete
  3. yang saya ketahui hanyalah jenang login bin jenang rion bin said bin daeng kalok bin panglima daeng bujang.

    ReplyDelete
  4. maaf kerana mengambil masa yang lama untuk membalas.

    Merujuk kepada buku Salasilah keluarga saya di sini:

    http://catalogue.bl.uk/F/?func=full-set-set&set_number=142318&set_entry=000002&format=999

    nama muhammad said bin JAAFAR. Jaafar dilahirkan di Bintan dan telah kembali kerahmatullah di sana.

    Baru baru ini dengan takdir ALLAH saya telah berhubung dengan cucunda Allahyarham Hj Masood Sulaiman, dan beliau telah menyebut perkara yang sama: yakni Jenang Rion bin DAENG KALOK bin PANGLIMA DAENG BUJANG. Maklumat ini tidak termaktub langsung didalam buku salasilah seperti yang tertera diatas. Saya yakin ianya benar, tetapi dimanakah encik dapat ketemu dengan maklumat itu? Adakah ianya maklumat bertulis atau lisan?

    Wassalam.

    ReplyDelete
  5. berminat dengan info diatas, saya orang endau dan nak tahu pasal dua puluh persauraaan tu kalau tidak keberatan. ingin sangat tahu siapa tu panglima lontar rakan daeng bujang

    ReplyDelete
  6. assalammuaalaikum,saya muhammad fawzi b ahmad keturunan saya dari bugis endau,kg air tawar datok saya ada persaudaraan dengan dato bidin bin login bekas penghulu piaggu ,saya boleh di hubungi die-mail p-fawzi@utm.my,0177293454.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum... saya cucu haji maso'od bin sulaiman.. ada pun yg sedara jumpa tu abg saya.. dari mana sedara dapat salasilah ini?

    ada pun salasilah ini ada di tulis di pusara arwah datuk saya di tanah perkuburan batu 3...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum,
    saya berminat nak mengetahui tentang asal usul keturunan keluarga saya dimana semua info lisan yg di beritahu oleh arwah nenek dan datuk saya dahulu yang mana kedua-dua mereka pernah berkhidmat di istana diraja pekan pada satu masa dahulu dan buat pengetahuan semua kami berketurunan bugis dan nama arwah datuk adalah Husin Bin Abdullah atau nama gelaran Husin Cik Lah yang mana dikatakan arwah moyang saya juga pernah berkhidmat dengan kerajaan istana Pahang pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar dan juga Ayahandanya......wallahualam....... dan sekiranya ada sesiapa yang mengetahui atau mempunyai bukti tentang fakta ini diharap dapat tampil ke depan........sekian..Assalamualaikum...

    ReplyDelete
  9. Sangat menarik pada tahun 2005 ayah saya ada mendapat risalah jemputan untuk menghadiri Pertemuan Keluarga Waris Keturunan Jenang Rion.. pada 29.01.2005 di Batu 1 Jalan Mersing, Endau JOHOR..(Encik Mohd Nor bin Yon).. malangnya pertemuan itu dibatalkan.. Oleh itu saya masih mencari dimana conection bagi keturunan keluarga saya.. Saya Zafiq (lahir tanggal 27.Oktober.1983) bin Zainal Abidin bin Haji Abu Bakar bin Haji Ariff..

    ReplyDelete
  10. Benarkah Jenang Rion mempunyai anak lelaki yang turut dikenali sebagai..

    1. Jenang Tomong
    2. Jenang Uda
    3. Jenang Login
    4. Raja Alang Bin Long (Tok Usu Wahid)

    ReplyDelete
  11. salam,saya Rohizal bin moktar bin salleh bin bidin bin jenang login .

    Baru tadi berbincang bersama sepupu2 utk mencari waris 2 kita.

    semuga berjaya.
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalammualaikum..saya adalah keturunan drpd jenang(mengikut cerita ayah).tetapi betulkah jenang ini ada 4 adik beradik yg kemudiannya berpecah..yg saya tahu keturunanya ada menyimpan keris dn tombak
      1.Janing
      2.Jenang
      3.Geliga
      4.Geligir

      saya drpd rompin.Mohd Nor Khairil b.Tapa b.Mat Arif b. Chandang b......maaf dah x berapa ingat.

      Delete
  12. salam...nama sy azir salleh dan kini saya berusaha mencari keturunan saya daru Bugis yg telah menetap di triang sungai kuang, endau...keturunan pak samad. nama penuh beliau sy x tahu. kalo ada sesiapa yg tahu bleh email pada sy taklukjgt@gmail.com. sy kini menetap di kuantan pahang.

    ReplyDelete