

misteri dan teka teki hilangnya keturunan bendahara tun mutahir pahang yang lari akibat dari peperangan bendahara pada tahun 1857-1863 telah mula terjawab dgn terjumpanya keturunan langsung mereka.
tarikh 10-1o-2010 telah menemukan saya dgn keluarga ini walaupun masih awal untuk mendapat kepastian tetapi saya amat terharu kerana hampir 20 tahun saya mencari keturunan yg hilang ini sudah mula menampakkan hasil semoga apa yang berlaku hampir 150 tahun dahulu dilupakan dan mendapat restu illahi.che wan mahkota(foto sebelah) adalah putra kepada che wan nordin bin che wan ahmad bin che wan ismail bin tun hassan ibni bendahara muda tun koris ibni bendahara sri maharaja tun mutahir ibni bendahara tun ali pahang.pada masa ini kami masih belum berjumpa akan tetapi ia dalam perancangan.




ku ..kalau ader pertemuan saya nak sertai sama
ReplyDeleteinsyaallah boleh tapi siapa ni?
ReplyDeletesalam, datuk saya pernah bercerita akan salsilah moyang saya yang bernama Che embun, di dilarikan bapanya Che Ahmad dari pahang ke kelantan bagi mengelakkan dari di kahwini sultan pahang ketika itu....tp sedikit aje yg diketahui...mungkin tuan pernah mendengar nama Che Embun dan ayahnya Che Ahmad?
ReplyDeleteMuhammad
mrsmithhugh@yahoo.com
maklumat yang saudara beri tak mencukupi buat saya,sila dapatkan more info tq
ReplyDeletesetahu saya wan mahkota menetap di Cenderawasih, Kuantan dan pernah menjadi anak murid Pak Yi Gerak Silat Lian,Kuantan.
ReplyDeleteSalam, Tengku isk, jika pertemuan telah diadakan, adakah dapat disahkan salasilah keturunan Tun koris , harap maklumkan apa saja perkembangan. t.kasih
ReplyDeleteSalam, Pernah tak terdengar cerita warisan daripada keturunan raja kampar yang ada kaitan dengan raja siak yang berada di pulau lawan sungai Kampar , Sumetra Indonesia. Saya adalah cicit kepada Penghulu Bongsu atau ketua pemegnang Adat Pagaruyung sebelum perang Jepun. Ketrurunan tersebut telah lama bertapak di Kg Talang Bunut, Parit Raja, Batu Pahat Johor. Ada sesiapa yang boleh beri komen atau respon.
ReplyDeleteAssalamualaikum.......moyang saya bernama wan ibrahim bin wan da (uda). Berketurunan dr bendahara pahang. Lari ke johor kenudian menetap di muar hingga akhir hayat. Pernah berkahwin dgn putri pahang tetapi lari ke johor kerana xmahu tinggal dlm istana. Menjadi askar timbalan setia johor sewaktu zaman sir sultan ibrahim. Berkahwin dgn kerabat johor iaitu tunku zarah ahmad di istana besar johor atas permintaan sir sultan ibrahim. Menjawat jawatan ketua kastam johor (kalau sekarang level pengarah) sehingga pencen. Almarhum sultan iskandar johor memanggil moyang saya "ayah wan" kerana pertalian bapa saudara.
ReplyDelete