pepatah bugis

"narekko sompe'ko,aja' muahcaji ana'guru,ancaji punggawako"-kalau kamu pergi merantau janganlah menjadi anak buah,tapi berjuanglah menjadi pemimpinnya"

pepatah minangkabau

dari mano titiak pelito,dari tangluang nan berapi,dari mano asa niniak kito,dari puncak gunung merapi

almarhum sultan ahmad muazzam shah

almarhum sultan ahmad muazzam shah

cogan kesultanan pahang

cogan kesultanan pahang
cogan diraja kesultanan pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

pekan pahang

pekan pahang
pemandangan bandar pekan lama pahang

Monday, April 19, 2010

keturunan orang kaya indera syahbandar XI dato sri najib

orang kaya indera syahbandar XI dato sri najib bin orang kaya indera syahbandar X tun hj abdul razak bin orang kaya indera syahbandar IX dato hussain bin awang muhammad taib bin tuan hakim haji andak bin orang kaya indera syahbandar VI hussain bin orang kaya indera syahbandar V jahidin@chalidin bin orang kaya indera syahbandar III bediman bin orang kaya indera syahbandar I tondek@tunduk,manakala keturunan bugis beliau adalah dari che embong yang berkahwin dengan orang kaya indera syahbandar V jahidin@chalidin. che embong binti orang kaya indera syahbandar II jenal yang berkahwin dengan che mas binti tok pondek bin tok pongkeng bin tok tuan@karaeng aji@karaeng agang jene mohd nasiruddin bin la pattau arumpone bone bin sultan abdul jalil tumenanga ri lakung raja gowa 19 bin I mappadulung daeng mattimung karaeng sanrobone

keturunan tun mutahir

almarhum sultan abu bakar ibni dato temenggung seri maharaja tun daeng ibrahim johor-singapura telah berkahwin dengan che engku puan chik binti raja bendahara seri maharaja tun muhammad tahir@tun mutahir dan mempunyai zuriat iaitu tunku besar putri,beliau telah berkahwin dengan sepupunya iaitu ungku chik ahmad bin ungku abdul rahman ibni dato temenggung seri maharaja tun daeng ibrahim.mereka mempunyai 8 org putra dan putri iaitu 1)ungku abu bakar 2)ungku embong 3)ungku lok lok 4)ungku kechil 5)ungku noor 6)ungku lebar 7)ungku zahrah 8)ungku muhammad

mencari keturunan yang terputus.

saya baru mendapat maklumat mengenai keturunan tun tanjung@engku besar tanjung bin dato bendahara sri wak raja tun abdul rahman ibni tun muhammad"engku tanjung"ibni dato bendahara paduka raja tun koris pahang.saya di fahamkan yg beliau telah berhijrah ke kuala terengganu dan dikebumikan di jalan banggol,kuala terengganu dan mempunyai zuriat keturunan iaitu tun rodziah dan tun saripah.saya masih menyiasat dan jika ada sesiapa yang mengetahui sula hubungi saya.

mencari salasilah keturunan tun kelsom

tun kelsom adalah bonda kepada almarhum sultan sir abu bakar riayatuddin al-muadzam shah,mengikut kepada maklumat yang saya perolehi tun kelsom berasal dari terengganu kemungkinan dari pulau duyung..tun kelsom mempunyai 2 adidnda iaitu tun yahnih dan tun omar.jika ada sesiapa yang mengetahui sila hubungi saya.setakat ini shj salasilah yg di ketahui iaitu tun kelsom bt tun abdullah bin tun abd raof

Saturday, April 17, 2010

bekas gedung atau runtuhan istana bendahara2 pahang dipulau maulana,pekan

sewaktu penulis melawat rumah ayah mertua encik osman hitam dipulau maulana pekan pada 26hb ogos 1994,beliau telah menyiasat dan menyoal jawab mengenai bekas puing2 atau bangunan dibelakang rumahnya.menurut beliau disitu lah bekas kawasan istana kota lama yang juga dikenali tiang bendera tempat persemayaman bendahara-bendahara pemerintah negeri pahang termasuk raja bendahara tun ali ibni bendahara tun koris,selain istana-istana baginda di pulau lamir dipahang tua.dipercayai bekas tapak itulah tempat sultan ahmad muazzam shah diputrakan.tapak runtuhan berbentuk empat segi dan pada waktu tersebut masih jelas kedudukan seginya.sewaktu akhir pemerintahan bendahara tun ali baginda telah bersemayam dipulau lamir dan istana dipulau maulana telah didiami oleh putri sulongnya tun long dan menantunya syed omar al-saggoff yang juga menterinya serta putra-putri beliau.menurut ayah mertua osman hitam dahulu ada bilik tempat menyimpan peti besi dan ianya telah runtuh selepas banjir besar tahn 1926.selepas diselidiki bekas gedung tersebut terletak atas sebuah pulau kecil kerana ada alur/selat mengelilingi bangunan itu.sayang sekali tiada pihak yang ingin membaik pulih dan menandanya sebagai tapak sejarah yang sudah tentu mempunyai peristiwa2 penting yg pernah berlaku dahulu kala.penulis masih ada menyimpan sedikit dari puing2 runtuhan.

keturunan bugis dipahang


di negeri pahang amnya kebanyakkan penduduknya adalah berketurunan melayu johor,bugis,minangkabau,arab dan rawa mandahiling.ramai diantara mereka telah berkahwin bercampur campur bugis x minang,arab x bugis dll.antara tempat yang mempunyai ramai penduduk berketurunan bugis adalah di endau-mersing(dahulu sempadan pahang-johor ialah dikuala sedili),luit-chenor,pekan dan temerloh.antara maklumat terawal penempatan bugis dipahang adalah maklumat mengenai bonda bendahara tun koris ibni bendahara tun abd majid yang berketurunan bugis dari endau dan saya rasa ada hubungan dgn keturunan bekas penghulu pianggu,rompin iaitu jenang login.ini salasilah keturunanya,haji masood bin haji sulaiman(abang beliau dato haji bidin) bin jenang login bin jenang rion bin said bin daeng kalok bin panglima daeng bujang.panglima daeng bujang mempunyai dua adik beradik iaitu panglima hitam dan panglima lontarak.manakala di luit dan chenor terdapat ramai keturunan bugis diantaranya isteri almarhum sultan ahmad muazzam shah iaitu cik saoma bt daeng minai(wok koro)manakala dipekan adalah keturunan karaeng agang jene@mohd nasiruddin@karaeng aji@tok tuan yang berhijrah kepahang tahun 1722 kerana merajuk tidak dipilih menjadi raja luwuk ke 20,darinya adalah keturunan dari sebelah perempuan moyang tun abdul razak bekas pm malaysia.manakala dikalangan kerabat diraja pula adalah keturunan isteri engku muda mansur iaitu che wok bt haji abdul ghani bin abdul karim bin daeng abd latiif(keturunan bugis dari linggi-selangor-singapura).wallahu'alam(gambar diatas ialah balai lompoa,luwuk)