Sunday, October 16, 2011
menjejaki susur galur orang kaya johan pahlawan hassan bin jaafar
alhamdulillah setelah sekian lama menjejaki keturunan orang kaya johan pahlawan hassan bin jaafar yakni adik kepada orang kaya indera mahkota haji halim bin jaafar berjaya akhirnya untuk mendapat salasilah keluarga ini supaya dapat dicantumkan susur galur keluarga ini yang banyak berjasa kepada kesultanan dan kerajaan negeri pahang.dipercayai orang kaya johan pahlawan bin jaafar telah meninggalkan pekan,pahang dan berhijrah ke pekan sungai lembing dikuantan untuk berniaga bijih timah diwaktu itu.mengikut cerita dari orang sg lembing beliau juga telah dikebumikan di sg lembing tetapi masih tiada bukti kukuh atau pun rekod yang dapat mengesahkannya.tok kaya hassan meninggalkan seorang anak lelaki bernama encik awang beruang,beliau beristerikan che wan fatimah binti che wan mohd amin yang berasal dari pattani.che wan fatimah adalah saudara adik beradik dgn che wan chantek iaitu isteri kepada almarhum sultan abdullah ibni sultan ahmad muazzam shah dan ibu mereka setelah meninggalnya che wan mohd amin juga telah berkahwin dgn encik abbas yakni ayah kepada tok muda awang hitam bin abbas(datuk kepada tok muda sulong bin awang hitam).encik awang beruang mempunyai 3 orang anak hasil dari perkahwinan dgn che wan fatimah 1)bidin 2)dayang 3)aminah.keluarga anak2 kepada encik awang beruang telah berpindah ke beserah,kuantan dari sg lembing dan keturunan ini masih ada dibeserah.disini saya tampilkan salasilah langsung dari keturunan orang kaya johan pahlawan hassan dari zuriat anak lelakinya encik awang beruang.halimi bin cikgu hussein(permatang badak)bin ismail dan isterinya iaitu bedah binti bidin bin awang beruang bin orang kaya johan pahlawan hassan bin jaafar.abang kepada bedah binti bidin ialah mahmud bin bidin bin awang beruang bin orang kaya johan pahlawan hassan.salah seorang cicit orang kaya johan pahlawan hassan melalui cucu perempuannya ialah dato abu khalil akashah bekas setiausaha kepada arwah orang kaya indera syahbandar dan perdana menteri tun haji abdul razak bin hussein.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Syukur Alhamdulillah. Great work, Dato'. Doa saya satu hari keturunan OKIM Hj Halim bin Jaafar dan keturunan Panglima Perang Johan Perkasa Hassan dan Jaafar dapat mengikatkan semula segala yg terlerai dalam satu perhimpunan Silaturahim. Amin. Insya-Allah.
ReplyDeleteFaikha Ab. Kadir@MZan
Ku9, what a revelation for me! I am a descendent of Imam Perang Indera Mahkota who seem to also be OKIM Hj Hali bin Jaafar.
ReplyDeleteAlmarhum wan cantek yakni adik bradik malikul alam, maamor....yg buang mahkota pahang dalam sungai
ReplyDeleteAlmarhum wan cantek yakni adik bradik malikul alam, maamor....yg buang mahkota pahang dalam sungai
ReplyDeleteas salam encik kamarul boleh saya dapatkan salasilah anak2 tun abd mutalib?
ReplyDelete