pepatah bugis

"narekko sompe'ko,aja' muahcaji ana'guru,ancaji punggawako"-kalau kamu pergi merantau janganlah menjadi anak buah,tapi berjuanglah menjadi pemimpinnya"

pepatah minangkabau

dari mano titiak pelito,dari tangluang nan berapi,dari mano asa niniak kito,dari puncak gunung merapi

almarhum sultan ahmad muazzam shah

almarhum sultan ahmad muazzam shah

cogan kesultanan pahang

cogan kesultanan pahang
cogan diraja kesultanan pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

pekan pahang

pekan pahang
pemandangan bandar pekan lama pahang

Wednesday, November 24, 2010

hubungan che wan puteh pahang dgn raja asal mandahiling


sebelum peperangan bendahara pada 1857-1863 raja asal bin raja ter'ala kadi sakti telah berhijrah ke raub,pahang dalam tahun 1840 dengan tujuan untuk berniaga dan tak berapa lama ia telah menjadi rakan perniagaan dengan raja bendahara sri maharaja tun mutahir ibni bendahara tun ali pahang.hubungan mereka akrab sehinggakan adinda bendahara tun mutahir iaitu che wan puteh dikahwinkan dgn raja asal.apabila bermulanya peperangan bendahara pada tahun 1857 raja asal dan kesemua raja2 dan pahlawan mandahiling telah bersekutu dgn pihak bendahara tun mutahir sehingga perang tamat.selepas tamat peperangan pihak bendahara tun mutahir telah keluar dari pahang bersama-sama pihak mandahiling,kemudian itu ketua2 mandahiling berhijrah pula ke selangor dan kuala lumpur.che wan puteh serta suaminya raja asal seorang namora(bangsawan)mandahiling telah menetap di hulu klang,kuala lumpur.sewaktu dikuala lumpur raja asal telah menjemput anak saudaranya raja bilah yang pada waktu itu masih berada dimaga mandahiling untuk bersamanya dihulu klang.tidak berapa lama kemudian dengan persetujuan namora2 mandahiling mereka sekata untuk berhijrah ke perak,maka raja asal bersama pengikutnya telah merantau dari kuala lumpur melalui gombak dan akhirnya ke langkuas,temoh berhampiran batang padang.disitu mereka telah melombong bijih timah tetapi kecewa kerana hasilnya tidak seberapa kemudian raja asal serta pengikutnya berpindah ke slim river sehingga ia ditawarkan oleh frank swettenham timbalan commissioner perak untuk melombong dipapan pada tahun 1877.disitu lah penempatan terakhir raja asal sebelum beliau kembali kerahmatullah pada penghujung tahun 1877.setelah beliau meninggal dunia tempat beliau telah digantikan oleh raja bilah anak saudaranya.che wan puteh kemudian selepas itu telah berkahwin pula dengan seorang saudara raja asal bernama raja mahmud bin sutan magah II yang pada masa tersebut bermaustatin disengat,klian intan berhampiran dengan ipoh.dari perkahwinan ini telah melahirkan zuriat-zuriat diantaranya raja addruse dan raja mainah.raja mahmud meninggal pada tahun 1928 dan telah disemadikan didalam kawasan makam raja bilah di changkat piatu,papan sementara makam che wan puteh dipercayai dikebumikan dipusing berhampiran dengan sengat(buku diatas adalah bingkisan sejarah orang rao dan minangkabau dipahang terutamanya diraub-diterbitkan oleh anjung media resources dan ditulis oleh teman saya saudara zaffuan haji manap)

9 comments:

  1. Salaam...
    Sekadar berkongsi info di sini. Sedang saya melakukan "pencarian" maklumat di laman sesawang, lalu secara kebetulan hadir di sanggar yang indah ini.Sebuah dokumentasi di ruang maya yang memaparkan susurgalur jurai keturunan empunya sanggar. Alhamdulillah, syukur kerana usaha sebegini membawa kepada "tautan persaudaraan"

    Info yang diperolehi dari sebuah laman sesawang mencatatkan bahawa makam Almarhum Raja Bilah (mangkat 1921),berdekatan Rumah Besar @ Istana Papan di Perak. Namun, sumber lisan daripada Raja Abdul Rahman (piut Raja Bilah) mengatakan makam sebenar terletak di Kampung Melayu Sempalik di Raub. Kedudukan makam tidak jauh dari arah jalan Pekan Raub menghala ke Kuala Lipis (simpang masuk sebelah kanan lampu isyarat dan makam di sisi kanan berdekatan surau.

    Mungkin ada sebab makam ini dahulunya dirahsiakan dari pengetahuan umum. Ia bagi mengelakkan pihak penjajah membongkar makam. Namun, pada masa sekarang kisah sebenar mula diketengahkan kerana generasi sekarang mula berminat (dalam erti kata ambil peduli) dan sedar akan peri pentingnya mengetahui akan asal usul diri. Lalu riwayat peribadi waris teratas ditelusuri...dan bagi mensahihkan pencarian, makam lama dijejak dalam tinjauan peribadi. Moga usaha sebegini memberi manfaat kepada sekalian waris yang ada...

    Wassalam =)

    p/s: sudi2lah menjengah ke teratak hamba di http://jejakmihrabmimbar.com

    Harleny Abd Arif @ Akal Sari

    saya

    ReplyDelete
  2. salam,

    Saya rasa makam che puteh ada di perkuburan Siputeh, Perak berhampiran dgn Papan (kira2 8km dr Batu Gajah).

    Dgr cerita 2 nama tempat di KL & Perak mengambil sempena nama Che Puteh kerana kawasan2 teressa kok & fong po kuan ni menjadi persinggahan beliau ketika menjejaki raja asal satu ketika dulu.

    fadzly azad

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Makam Raja Bilah, Penghulu Papan terletak di atas bukit di hadapan Mesjid Papan, Perak. Beliau meninggal pada tahun 1911.

    Gambar Penuntut2 MCKK, Raja Shahbuddin bin Raja Bilah berdiri paling kiri.

    Fatimah Adnan
    cicit Raja Bilah
    Ipoh, Perak

    ReplyDelete
  4. salam
    saya cicit pada Raja Asal bersama isterinya Che Wan Puteh....

    Saya nak tahu asal usul Che wan Puteh di Pahang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di dalam terombo / family tree Raja Asal, Raja Asal tiada zuriat dg Che Putih. Selepas Raja Asal berpulang kerahmatullah, Che Putih berkahwin dgn dua pupu Raja Asal, iaitu Raja Mahmud. Juga tiada zuriat, tetapi Che Putih mengambil anak angkat bernama Wan Mariamah bt Tun Mutahir. Ada kemungkinan pusara Che Putih di Kg Bekor, Kuala Kangsar kerana Wan Mariamah berkahwin dgn Imam Sultan Tuan Hj Mohd Nor.

      Fatimah Adnan

      Delete
    2. boleh saya tahu siapa dan dimana keturunan wan mariamah?

      Delete
  5. Che Wan Puteh adalah puteri kepada Wan Mutahir, pemerintah Pahang pada ketika itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wan puteh adalah adik beradik wan mutahir manakala wan mariamah adalah putri wan mutahir

      Delete
  6. boleh saya tahu keturunan wan mariamah dgntuan haji mohd nor?

    ReplyDelete