
sebelum peperangan bendahara pada 1857-1863 raja asal bin raja ter'ala kadi sakti telah berhijrah ke raub,pahang dalam tahun 1840 dengan tujuan untuk berniaga dan tak berapa lama ia telah menjadi rakan perniagaan dengan raja bendahara sri maharaja tun mutahir ibni bendahara tun ali pahang.hubungan mereka akrab sehinggakan adinda bendahara tun mutahir iaitu che wan puteh dikahwinkan dgn raja asal.apabila bermulanya peperangan bendahara pada tahun 1857 raja asal dan kesemua raja2 dan pahlawan mandahiling telah bersekutu dgn pihak bendahara tun mutahir sehingga perang tamat.selepas tamat peperangan pihak bendahara tun mutahir telah keluar dari pahang bersama-sama pihak mandahiling,kemudian itu ketua2 mandahiling berhijrah pula ke selangor dan kuala lumpur.che wan puteh serta suaminya raja asal seorang namora(bangsawan)mandahiling telah menetap di hulu klang,kuala lumpur.sewaktu dikuala lumpur raja asal telah menjemput anak saudaranya raja bilah yang pada waktu itu masih berada dimaga mandahiling untuk bersamanya dihulu klang.tidak berapa lama kemudian dengan persetujuan namora2 mandahiling mereka sekata untuk berhijrah ke perak,maka raja asal bersama pengikutnya telah merantau dari kuala lumpur melalui gombak dan akhirnya ke langkuas,temoh berhampiran batang padang.disitu mereka telah melombong bijih timah tetapi kecewa kerana hasilnya tidak seberapa kemudian raja asal serta pengikutnya berpindah ke slim river sehingga ia ditawarkan oleh frank swettenham timbalan commissioner perak untuk melombong dipapan pada tahun 1877.disitu lah penempatan terakhir raja asal sebelum beliau kembali kerahmatullah pada penghujung tahun 1877.setelah beliau meninggal dunia tempat beliau telah digantikan oleh raja bilah anak saudaranya.che wan puteh kemudian selepas itu telah berkahwin pula dengan seorang saudara raja asal bernama raja mahmud bin sutan magah II yang pada masa tersebut bermaustatin disengat,klian intan berhampiran dengan ipoh.dari perkahwinan ini telah melahirkan zuriat-zuriat diantaranya raja addruse dan raja mainah.raja mahmud meninggal pada tahun 1928 dan telah disemadikan didalam kawasan makam raja bilah di changkat piatu,papan sementara makam che wan puteh dipercayai dikebumikan dipusing berhampiran dengan sengat(buku diatas adalah bingkisan sejarah orang rao dan minangkabau dipahang terutamanya diraub-diterbitkan oleh anjung media resources dan ditulis oleh teman saya saudara zaffuan haji manap)