pepatah bugis

"narekko sompe'ko,aja' muahcaji ana'guru,ancaji punggawako"-kalau kamu pergi merantau janganlah menjadi anak buah,tapi berjuanglah menjadi pemimpinnya"

pepatah minangkabau

dari mano titiak pelito,dari tangluang nan berapi,dari mano asa niniak kito,dari puncak gunung merapi

almarhum sultan ahmad muazzam shah

almarhum sultan ahmad muazzam shah

cogan kesultanan pahang

cogan kesultanan pahang
cogan diraja kesultanan pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

pekan pahang

pekan pahang
pemandangan bandar pekan lama pahang

Saturday, July 3, 2010

datuk sharifah aini keturunan raja bendahara seri maharaja pahang tun mutahir.

















datuk sharifah aini binti syed jaafar al-jufri adalah putri kepada syed jaafar(foto diatas) bin syed sahil al-jufri.isteri kepada syed sahil ialah che engku maryam binti leftenan jmf che wan tahir bin tun abdul rahman ibni raja bendahara tun mutahir pahang.tun mutahir adalah kekanda kepada almarhum sultan ahmad muazzam shah I pahang yang telah berjaya menawan negeri pahang sewaktu perang saudara atau perang bendahara pada tahun 1857-1863.kebanyakkan kerabat terdekat kepada tun mutahir telah lari dan keluar dari negeri pahang selepas peperangan tersebut.tetapi tidak lama kemudian ramai juga yang kembali pulang ke pahang.kebanyakkan yang lari kejohor dan teluk belanga telah bermaustatin terus dinegeri2 tersebut diantaranya keluarga tun abdul rahman ibni tun mutahir,tun abdullah ibni tun mutahir dan tun da ali ibni tun mutahir.mengikut pada cerita org tua2 makam tun mutahir dan putra sulongnya tun koris@che wan long@che engku tanjong telah dimakamkan dibukit tanjung putri atau dikenali sekarang sebagai bukit timbalan.mereka yang lari telah menbuka kampung pahang di kampung baharu road singapore(hampir dgn telok belanga singapura)sekarang dikenali sebagai bukit purmei road dan juga kampung pahang dijalan trus,johor bharu berhampiran dengan plaza kota raya jb.ada juga diantara mereka yang membuka kampung disungai rengit teluk ramunia(bandar penggaram,johor).masih ramai keturunan keluarga2 ini yang masih bertutur dlm bahasa melayu pekan terutamanya yang ada di sungai rengit.nenda kepada datuk sharifah aini iaitu che wan maryam mempunyai beberapa org adik beradik termasuk che wan chik iaitu bonda kepada arwah pelakun m.osman yakni nenda kepada pengarah filem aziz m.osman,zulkifly m.osman dan penulis suzana m.osman.

1 comment:

  1. "ada juga diantara mereka yang membuka kampung disungai rengit teluk ramunia(bandar penggaram,johor)". Tolong buat pembetulan.Telok Ramunia merupakan satu kampung yang terletak di daerah kecil Pengerang.Orang2 dari Pahang dibawa berhijrah ke Telok Ramunia oleh Allahyarham Tn Syed Abd Rahman dan membuka kampung di persisiran pantai dengan keizinan Sultan Johor.Telok Ramunia berasal dari nama sepohon pokok remia ( dipanggil Ramunia)

    ReplyDelete