pepatah bugis

"narekko sompe'ko,aja' muahcaji ana'guru,ancaji punggawako"-kalau kamu pergi merantau janganlah menjadi anak buah,tapi berjuanglah menjadi pemimpinnya"

pepatah minangkabau

dari mano titiak pelito,dari tangluang nan berapi,dari mano asa niniak kito,dari puncak gunung merapi

almarhum sultan ahmad muazzam shah

almarhum sultan ahmad muazzam shah

cogan kesultanan pahang

cogan kesultanan pahang
cogan diraja kesultanan pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

pekan pahang

pekan pahang
pemandangan bandar pekan lama pahang

Wednesday, June 23, 2010

reunion of long lost pahang family


alhamdulillah syukur akhirnya dapat juga bertemu dgn saudara yang terputus hubungan setelah sekian lama.mungkinkah ini satu titik pertemuan yang akan menyatukan kembali siratulrahim yang sekian lama hilang?dlm perbualan talipon dgn saudara razali awang abdullah dari tv3 telah membuka jalan untuk saya kumpulkan maklumat dan data informasi supaya cebisan2 sejarah yang hampir pupus dapat direkodkan kembali.persoalannya siapakah engku besar tanjung yang dimaksudkan saudara razali?adakah beliau raja bendahara tun koris ibni raja bendahara tun mutahir yang juga dikenali sebagai engku tanjung?atau engku besar tanjung bin bendahara tun abdul rahman bin tun muhammad"tanjung"?atau mungkin juga engku tanjung che wan talib dari tembeling?wallahualam...saya perlukan lebih banyak maklumat bagi menyelesaikan teka teki ini.tun saripah meninggal dlm tahun 1950an dan beliau telah berkahwin dgn ismail dan mempunyai anak perempuan bernama che hajjah nik,hajjah nik berkahwin pula dgn haji ismail bin nyak salleh..iaitu moyang kepada encik razali awang.peperangan saudara dipahang pada tahun 1857-1863 telah memecah belahkan keluarga sehingga kini masih ramai saudara mara yang hilang tidak dapat di temui.

2 comments:

  1. Salam Tengku Putra. Saya dimaklumkan ibu saya yang keluarga kami dari keturunan Panglima Perang Koris. Sekitar tahun 1840-50an mungkinkah beliau almarhum Tun Koris ibni almarhum Tun Mutahir @ Long Koris. Berkahwin dengan Wan Jah binti Orang Kaya Kechil @ To' Kaya Indera Segara Temerloh. Dikurniakan 2 putera & 3 puteri iaitu Bujal, Daik, Teriah, Da & Busu. To' Koris dikatakan hilang ketika menghilir ke Pekan. Aki Bujal sepanjang hayatnya ditandu & berlancang kuning setiap kali menghilir ke Pekan apabila ada keramaian & anakya Abu Bakar iaitu aki saya sentiasa mendapat layanan istimewa daripada Marhum Sultan Abu Bakar setiap kali baginda melawat ke Pelangai, Bentong. (Aki saya berpindah ke Pelangai dari Temerloh mengikut ibu saudaranya Teriah yang berkahwin dengan Dagang Lisut iaitu adik kepada Dato' Bujang Sahu, Orang Kaya Jelebu)Aki saya berpesan kepada mak saya untuk dipesankan kepada anak cucu "jangan dituntut & jangan ada cucu Koris derhaka dengan Sultan Ahmad" Wallahualam..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum
    saya adalah puit Moyang Teriah saya
    Moyang saya berkahwin dengan Dato Dagang Lisut. berKeturunan Panglima Hitam anak raja Minagkabau.

    Saya juga ingin mencari susur galur sebelah moyang saya... salasilah keturunan semua ada dlm simpnan saya.

    ReplyDelete