pepatah bugis

"narekko sompe'ko,aja' muahcaji ana'guru,ancaji punggawako"-kalau kamu pergi merantau janganlah menjadi anak buah,tapi berjuanglah menjadi pemimpinnya"

pepatah minangkabau

dari mano titiak pelito,dari tangluang nan berapi,dari mano asa niniak kito,dari puncak gunung merapi

almarhum sultan ahmad muazzam shah

almarhum sultan ahmad muazzam shah

cogan kesultanan pahang

cogan kesultanan pahang
cogan diraja kesultanan pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

pekan pahang

pekan pahang
pemandangan bandar pekan lama pahang

Sunday, April 11, 2010

tanjak pahang


asal-usul-tanjak atau tengkolok adalah sejenis pakaian harian org melayu dizaman purba.ia dipakai diatas kepala,sekarang tanjak digunakan untuk pakaian berkala untuk masa tertentu dan lazimnya dikalangan istana.oleh kerana negeri pahang pernah ditakluk oleh riau-lingga,acheh dan ada hubungan dgn minangkabau,bugis serta jawa maka unsur-unsur ini telah mempengaruhi cara ikatan oleh pengikat dan pemakainya.jenis-jenis tanjak-1)sekelungsung bunga 2)helang menyunsung angin 3)sunda menggamit 4)belah mambang 5)anak raja naik bersiram 6)patong kurus 7)bugis tak balik 8)getang budu dan bagi tanjak sekelungsung bunga antara yang pernah memakainya adalah almarhum sultan sir abu bakar dan sekarang sultan pahang V sultan hj ahmad shah.tanjak sunda menggamit pula pernah dipakai almarhum sultan pahang I sultan ahmad muazzam shah,bagi tanjak helang menyunsung angin pula ia pernah dipakai oleh almarhum al-muktassim billah sultan abdullah sultan pahang III.bagi tanjak bugis tak balik ia telah dipakai oleh almarhum sultan pahang II sultan mahmud.tanjak raja naik bersiram puka kelazimannya digunakan oleh raja2 selepas istiadat bersiram sama ada istadat perkahwinan atau pertabalan.tanjak ini hanya boleh dipakai oleh raja sahaja,putra dan cucunda raja tidak dibenarkan memakainya.(foto diatas adalah tanjak sekelungsung bunga,jenis tanjak yg digunakan oleh sultan pahang sekarang)

No comments:

Post a Comment