pepatah bugis

"narekko sompe'ko,aja' muahcaji ana'guru,ancaji punggawako"-kalau kamu pergi merantau janganlah menjadi anak buah,tapi berjuanglah menjadi pemimpinnya"

pepatah minangkabau

dari mano titiak pelito,dari tangluang nan berapi,dari mano asa niniak kito,dari puncak gunung merapi

almarhum sultan ahmad muazzam shah

almarhum sultan ahmad muazzam shah

cogan kesultanan pahang

cogan kesultanan pahang
cogan diraja kesultanan pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

pekan pahang

pekan pahang
pemandangan bandar pekan lama pahang

Friday, April 9, 2010

dimanakah zuriat keturunan almarhum raja bendahara seri maharaja tun koris ibni raja bendahara tun mutahir pahang?

seperti yang diketahui raja bendahara tun koris ibni raja bendahara tun mutahir pahang mangkat pada tahun 1863 tak berapa lama selepas ayahandanya mangkat dan dimakamkan dimakam yang sama iaitu dibukit timbalan,tanjung putri johor baru.tun koris berkahwin dengan tun besar binti dato temenggung seri maharaja tun daing ibrahim johor pada tahun 1858 di istana teluk belanga,singapura.mengikut pada cerita2 lisan dari buah mulut orang2 tua dahulu pasangan ini dikurniakan dengan 4 org putra dan putri.hanya nama seorang sahaja yang ada tertulis didalam surat diantara residen general british dgn dato temenggung tun abu bakar johor iaitu tun abdul majid ibni raja bendahara tun koris yang pada tahun 1863 sudah berumur12tahun tetapi sampai kini tidak diketahui dimanakah keturunan ini berada?tun abdul majid kemungkinan besar bukan putradaripada tun koris dan tun besar mungkin dari isteri yang lain,ada ramai yang mengaku mereka dari keturunan ini tetapi tidak dapat dipastikan kebenarannya kerana tiada cukup bukti dan rekod.adakah keturunan ini masih berada dijohor atau telah pulang ke pahang wallahualam?mengikut pada saudara terdekat kepada zuriat ini mereka pun tidak mengetahui dimanakah keturunan ini berada.saya telah menyiasat dan mencari keturunan ini selama hampir 20 tahun tetapi tidak banyak maklumat yg diperolehi cuma ada seseorang yang mengaku bahawasanya dia adalah berketurunan dari tun koris.mengikut ceritanya sewaktu perang saudara dipahang 1857-1863 mereka telah lari ke johor dan beberapa tahun selepas perang tersebut mereka telah pulang kepahang dan tinggal di pulau manis pekan.inilah salasilah keturunan tersebut-che wan osman bin che wan hussain bin che wan hassan bin che wan sulong@tun abdul majid ibni che wan long@raja bendahara tun koris,beliau iaitu che wan osman tinggal di sungai lembing dan telah ditemu ramah pada tahun 1995.wallahualam.

10 comments:

  1. sekitar 78-80an arwah atok pernah berjumpa dgn keluarga ini yg tinggal di kawasan sg lepar. mukanya ada tanda akibat tamparan beruang. adakah beliau yg tuan maksudkan.

    ReplyDelete
  2. terdapat kumpulan bergelar che wan di kg raja tepoh terengganu yang mempunyai ikatan persaudaraan dengan temenggong abu bakar dan sultan pahang.ibuku che wan mariah binti che wan ngah b. che wan long b. che wan chik b. che wan mahmud ( sepupu temenggong abu bakar johor)

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam. Saya Che Wan Farid B Che Wan Abd Rahman B Che Wan Abu Bakar B Che Wan Long. Mengikut cerita daripada Ayah saya Che Wan Ngah adalah bapa saudaranya

      Delete
  3. tertulis bahawa Bendahara Muda Tun Koris berkahwin dengan anak Orang Kaya Indera Pahlawan Cenor, sebenarnya beliau berkahwin dengan anak Tok Kaya Kecik, Orang Kaya Temerloh bernama Tok Jah. dipercayai demi keselamatan mereka tidak menggunakan sebarang gelaran pada nama. Almarhum Sultan Abu Bakar tahu tentang perkara ini kerana itu baginda sangat rapat dengan cucu Tun Koris iaitu allahyarham Khatib Abu Bakar kg gajah pelangai.

    ReplyDelete
  4. Selepas lari ke muar bersama cop mohor diraja yg asli, waris2 Tun Mutahir telah menggugurkan penggunaan gelaran dari nama mereka.. Dan kebanyakannya masih tinggal di Johor. Waulahualam... - Cerita lisan dari arwah nenekku...

    ReplyDelete
  5. Mohon pencerahan bagi keturunan che wan di kijal, kemaman. Dari keturunan mana mereka?

    ReplyDelete
  6. try kaji penduduk kg che wan di kijal kemaman.adakah dari keturunan raja bendahara yun koris

    ReplyDelete
  7. Selidik di kg raja pagoh, muar johor.. Keturunan ada disana atau sudah berhijrah ke bandaraya johor bahru atau skudai. Wan husein wan long wan jebah wan musa wan ismail tun da tun yusof

    ReplyDelete
  8. Keturunan che wan di kijal dari keturunan tun da zuriat sultan abdul jalil marhum kuala pahang yang silsilahnya sampai kpd tun habib abdul majid bendahara padang saujana.

    ReplyDelete
  9. Adakah Dato Wan Abdullah pemilik kilang papan di sungai lembing ade kaitan dgn kerabat pahang ini?

    ReplyDelete