Saturday, April 10, 2010
peristiwa mengangkat sumpah taat setia kepada tun ahmad(kemudian sultan ahmad muazzam shah) pada bulan ogos 1862
semasa peperangan saudara atau perang bendahara diantara tun ahmad(bendahara seri wak raja)dan kekandanya bendahara seri maharaja tun mutahir,berlaku satu peristiwa yg penting dimana sewaktu itu tun ahmad yg baru kalah perang dipahang berada dipaka terengganu dibawah jagaan almarhum sultan omar terengganu telah didatangi oleh haji mohd dan anaknya haji yaakub.mereka berdua telah datang dari kangsa,pahang dgn secara rahsia(kerana sebelum ini mereka berdua menyebelahi tun mutahir)lalu mengadap tun ahmad untuk mengaku taat setia dan teguh serta memohon tun ahmad supaya berangkat pulang kepahang,kerana katanya sekalian hamba-hamba rakyat sedang menunggu keberangkatan pulang tun ahmad.maka tidak berapa lama kemudian orang kaya indera maharaja perba jelai wan ideris dan tok seita wangsa lipis tok teh telah pergi ke kelantan apabila mengetahui tun ahmad berada disana dan telah pergi untuk membawa pulang tun ahmad ke pahang.dengan diirirngi oleh tok kaya semantan bahaman,dato setia muda wan muhammad,encik basuk riau,maka berangkatlah tun ahmad pulang melalui kuala terengganu,kemudian ke kemaman.sebelum berangkat,tun ahmad meninggalkan bondanya che long(lingga)bt tok kota di paka dibawah jagaan che basuk riau dan terus berangkat melalui ulu dungun.apabila sampai dibukit busut disempadan terengganu -pahang,tun ahmad berhenti dan santap durian dikalam habib syed hadad,dan dari hari itulah buah-buah durian disitu digelar "durian raja".setelah tun ahmad sampai dikuala tembeling maka bersemayamlah tun ahmad selama sepuluh hari.maka pada masa inilah dipasir tambang,kuala tembeling orang-orang besar dan panglima-panglima diantaranya tok gajah,haji mohd dan anaknya hj yaakub,tok bahaman,dato setia muda wan mohd,orang kaya indera maharaja perba wan ideristok setia wangsa teh,haji wan daud bin wan pahang,tok imam perang komeng,panglima raja che endut hj abd halim,panglima laut talib,panglima raja tok tunggal bukit segumpal,tok panglima dalam hitam abdullah,panglima hitam,panglima muda,panglima tapak,tuan hitam al-habshi,tuan mandak al-jefri,tuan long,tuan embong al-jefri,tuan long,tuan empok,tuan kecut,tuan tahakdan lain-lain lagi telah bersumpah mengaku taat setia pada tun ahmad sehingga ke anak cucu dan zuriat2nya.apabila mendengar sumpah taat setia ini maka tun ahmad dengan linangan airmata telah bertitah"apakah selamat sempurna jangan apa apa merbahayanya,kenyataan saya jadi raja pahang,insyaallah taala,saya akan balas kebaktian sekelian dato-dato dan panglima-panglima,dan saya harap dato-dato sekelian selamat sempurna,dan jangan sehingga memberhayakan tubuh badan semuanya"dengan daulat almarhum almarhum maka sampailah ketika masa melangkah hari yang baik.selepas mendengar titah tun ahmad maka sekelian yang ada disitu telah berselawat sebanyak 3 kali.kemudian mereka semuanya menaiki rakit-rakit yang disediakan dan setelah mustaid kesemuanya,maka pada hari itu hari yang amat bersejarah yang berlaku dalam bulan ogos 1862 angkatan perang tun ahmadtelah bertolak dan menghilir sungai pahang dan memerangi kubu-kubu bendahara tun mutahir serta anakanda2nya dikiri kanan sungai pahang sehingga tertawannya kubu terakhir di kampung masjid,pekan lama pekan pada 10hb jun 1863
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment