pepatah bugis

"narekko sompe'ko,aja' muahcaji ana'guru,ancaji punggawako"-kalau kamu pergi merantau janganlah menjadi anak buah,tapi berjuanglah menjadi pemimpinnya"

pepatah minangkabau

dari mano titiak pelito,dari tangluang nan berapi,dari mano asa niniak kito,dari puncak gunung merapi

almarhum sultan ahmad muazzam shah

almarhum sultan ahmad muazzam shah

cogan kesultanan pahang

cogan kesultanan pahang
cogan diraja kesultanan pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

pekan pahang

pekan pahang
pemandangan bandar pekan lama pahang

Tuesday, May 17, 2011

pulau tawar dan kg kedondong,jerantut







pada tahun 1889 almarhum sultan ahmad muazzam shah telah meninggalkan pekan dan berpindah dan bersemayam ke daerah pulau tawar yang pada masa itu dibawah pegangan orang kaya maharaja indera setia gajah pahang atau tok gajah rasu bin syahrum.baginda suka memburu seladang dikawasan tanjung balik angin berhampiran tebing tinggi dan burau tak jauh dari pedah,direkodkan pada 1889 baginda berjaya memburu lebih dari 60 ekor seladang dan salah seekor telah dihadiahkan kepada governor british waktu itu,governor telah menghadiahkan seladang itu kepada zoological gardens london.selain daripada keturunan tok gajah,tok kaya indera setia raja jusoh bin tukang ada juga keluarga bangsawan yang bermaustatin dipulau tawar mengikut dari salasilah keturunan ,mereka berasal dari pagar ruyung minangkabau atau siak disumatera.ini salasilahnya:tawang bin long bin tun ahmad bin tun sinar sulaiman bin tun sinar hassan bin bin tun sinar hassan bin tun sinar deraman bin tun sinar putih ca(1450-1550)bin tok raja debalang(hulubalang)jengka(adakah mereka dari keturunan orang besar berlapan pahang iaitu tok raja dewa hulubalang tanjung belawan?) tun sinar abdul jalil bin tun sinar matahari(berhijrah ke kg kedondong jerantut)bin sultan syed mansor shah mahkota alam bin syed abdul aziz bin syed abu bakar bin syed muhammad bin syed abu bakar dari bani tamim hadramawt yemen.(photo kiri diatas adalah che pit isteri kepada almarhum tengku muda ali ibni sultan ahmad muazzam shah pahang dan haji tawang bin long bin tun ahmad dari pulau tawar)(photo kanan-encik azam bin ramli dari keturuna tok muda wok bin zainal dari pulau tawar)