pepatah bugis

"narekko sompe'ko,aja' muahcaji ana'guru,ancaji punggawako"-kalau kamu pergi merantau janganlah menjadi anak buah,tapi berjuanglah menjadi pemimpinnya"

pepatah minangkabau

dari mano titiak pelito,dari tangluang nan berapi,dari mano asa niniak kito,dari puncak gunung merapi

almarhum sultan ahmad muazzam shah

almarhum sultan ahmad muazzam shah

cogan kesultanan pahang

cogan kesultanan pahang
cogan diraja kesultanan pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

cogan empayar kesultanan johor-riau-lingga-pahang

pekan pahang

pekan pahang
pemandangan bandar pekan lama pahang

Tuesday, August 24, 2010

direct descendants/keturunan langsung tok tuan@karaeng agang jene mohd naziruddin bone



tok tuan atau namanya yg sebenar karaeng agang jene mohd naziruddin ibni sultan alamuddin la pattau raja bone XVI yang tiba dipahang dalam tahun 1722 telah membuka kampung mengkasar dan keturunannya telah berkahwin dgn keluarga bangsawan tempatan iaitu keluarga orang kaya indera syahbandar I tondek.maka ini adalah diantara keturunan lansung beliau dato mohamad ali bin cikgu hassan bin sulong bin salleh bin sulaiman bin unus bin tok mat sot bin tok pondek bin tok pongkeng bin tok tuan karaeng agang jene mohd naziruddin ibni sultan alamuddin la pattau mattana tikka raja bone XVI(photo diatas duduk-dari kiri cikgu hassan sulong,zaliah yaakob ,berdiri dari kiri-datin fauziah bt amir hassan,dato nordin bin mohd salleh dan dato mohd ali bin hassan.

Sunday, August 22, 2010

istana galing,kuantan


kisah istana galing ini ada ditulis didalam suratkhabar nst pada isnin 16 august 2010 ia telah dicerita kan oleh bekas gurubesar sekolah kebangsaan galing wan azizon bt wan jaafar,mengikut beliau istana ini pernah dijadikan istana hinggap almarhum sultan abu bakar sewaktu zaman jepun dan terus disemayami baginda sehingga tahun 1948.selepas itu almarhum telah memperkenaankan supaya istana itu ditukar menjadi sebuah sekolah dan dikenali sebagai sekolah perempuan galing,bonda saudara saya tg hajjah faridah pernah bersekolah disitu.sejarah latarbelakang istana dan bila ianya dibina tidak diketahui tapi ada kemungkinan ianya dibina sewaktu zaman almarhum sultan abdullah al mutassim billah yakni ayahanda sultan abu bakar.wallahualam

Friday, August 20, 2010

istana temenggung tun daeng abdul rahman diteluk belanga,spore




bekas istana dato temenggung tun daeng abdul rahman dan temenggung tun ibrahim yang dibina oleh raffles pada tahun 1824.istana ini adalah diantara istana dan tanah seluas 200 ekar yang diberi oleh inggeris ditelok belanga singapura apabila pihak temenggung bersetuju untuk berpindah dari kuala sungai singapura(clarke quay zaman sekarang)foto disebelah atas sekali adalah wajah terkini bekas istana tersebut yang telah dijadikan tanah perkuburan dan makam keluarga temenggung johor(gambar diambil 1994)

bekas tapak istana dan bangunan2 lama di pekan dan singapura






















dari kiri diatas sekali ialah bekas istana tg setia raja omar ibni sultan ahmad muazzam shah yang dibina pada tahun 1920an,mengikut ceritanya istana ini dibina di terengganu dan dibawa ke pekan.photo terbarunya gambar ditengah dari kiri,manakala gambar kanan diatas sekali adalah pejabat sultan dizaman almarhum sultan abu bakar dan bangunan dikanannya adalah istana saadah dengan rupa bentuk asalnya.foto disebelah bawahnya adalah bekas tapak istana bendahara tun ali yang masih ada terletak di pulau lamir,lamir pekan pahang ia terletak ditepi sungai berhampiran dgn jalan kuantan-pekan.manakala 2 gambar dibawah sekali dari kiri ialah bekas tapak masjid tertua dipekan lama yang dikenali sebagai masjid kampung masjid didalam buku hikayat pahang.ia juga adalah benteng pertahanan terakhir tentera bendahara tun mutahir sebelum ditawan oleh orang kaya indera setia gajah pahang bagi pihak tun ahmad@sultan ahmad muazzam shah dlm tahun 1863.gambar dikanan terbawah sekali ialah bekas tapak istana temenggung abdul rahman kemudiannya temenggung tun ibrahim johor di telok belanga singapura.